Dina Kejutkan Penonton GV9, Bakal Kolaborasi Bintang Korea?

Dalam diam, penyanyi Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai penyampai radio di stesen radio nombor satu Malaysia, SINAR FM iaitu Dina Nadzir dikhabarkan sedang dalam perancangan untuk membuat comeback sebagai penyanyi. Menariknya, penampilan semula Dina yang mahu kembali aktif sebagai penyanyi dengan mengeluarkan lagu baru bakal melibatkan artis popular dari Korea Selatan iaitu Lunafly.

 

Dina & Luna Fly.

Dimaklumkan Dina yang kini sudah aktif mengadakan persembahan dengan pengurusan barunya itu sedang mencari material terbaik untuk lagu barunya. Dina pun seorang penyanyi yang banyak menampilkkan lagu-lagu hebat seperti Cinta Datang Lagi, Wanita Besi dan banyak lagi. Oleh itu, Dina difahamkan berminat untuk berkolaborasi dengan Lunafly yang dahulu trio dan kini duo di Korea Selatan.

Bagaimanapun, kolaborasi berkenaan masih lagi belum disahihkan lagi kerana pihak Dina masih belum kenal pasti jenis kolaborasi berkenaan. Dina masih belum mempunyai kata putus Sama ada Dina mahu berduet atau menyanyikan lagu yanng dicipta oleh Lunafly. Malah bahasa yang bakal dinyanyikan oleh Dina pun masih belum tahu. Nampaknya jikalau Benar Dina mahu nyanyi lagu Korea, Adakah Dina bakal membawa lagu Korea dalam Gegar Vaganza 9?

 

Aksi DIna mengadakan persembahan baru-baru ini.

 

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu Kolaborasi ini tercetus apabila Dina pernah berjumpa dengan Lunafly sewaktu kumpulan ini datang ke Malaysia beberapa tahun yang lalu. Waktu itu, LUNAFLY masih lagi aktif bertiga. Malah, Dina juga dikatakan berminat dengan lagu-lagu yang dicipta ahli Lunafly iaitu Sam Carter yang berdarah kacukan British dan Korea. Ironinya, Sam dan Dina mempunyai banyak persamaan kerana selain aktif sebagi penyanyi dan produser muzik, Sam juga adalah seorang penyampai radio di stesen radio ARIRANG Korea.

 

Sam yang fasih berbahasa Inggeris dan kini aktif menyayi lagu OST drama Korea.

 

Semoga kolaborasi ini menjadi kenyataan tidak kiralah sama ada Dina berduet atau pun menyanyikan lagu hasil ciptaan Lunafly. Lagi pun, hasrat ini sudah pun dimaklumkan memandangkan kenalan Dina juga seorang yang sangat aktif dalam arena muzik K-POP.

Kongsikan artikel ini