PKP Penuh? Tonton 19 Drama Korea Lebih 100 Episod Tema Skandal Famili!

Prev1 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse

Walaupun pihak atasan telah menjelaskan mengenai desas-desus yang mengatakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bakal dilaksanakan semula, keputusan jawapan tersebut hanya bakal terjawab pada penghujung PKP yang dijangka berakhir pada 4 Februari 2021.

Apa sekali pun, tidak kira apa keputusannya, netizen rata-rata redha dengan keputusan yang bakal diumumkan asalkan dapat menamatkan peperangan dengan musuh senyap iaitu COVID-19 yang sudah lebih setahun menghantui masyarakat dunia.


Norma baharu yang telah diamalkan lebih setahun ini juga sudah sebati dengan masyarakat dan banyak pendekatan baru telah mengubah kehidupan manusia sejagat. Tidak dapat dinafikan, permasalahan tekanan dan sakit emosi juga meningkat. Oleh itu, pelbagai cara dicadangkan termasuklah menghiburkan diri secara online dengan menonton drama, filem dan bermain permainan digital.

Memandangkan menonton drama Korea secara atas talian menjadi pilihan masyarakat, KOREA BUZZ cadangkan 19 buah drama Korea yang sesuai ditonton kerana ia bertemakan keluarga. Lebih menarik lagi, kesemua cerita yang tersenarai adalah drama berantai yang melebihi 100 episod.

Apa tunggu lagi, jangan tingkatkan tekanan dengan perkara yang boleh menambah bebanan. Kurangkan persengketaan minda dengan menonton drama-drama ini. Agaknya-agaknya yang mana satu jadi pilihan anda?

Prev1 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini