PKP 2.0 Dilanjutkan! Jom Marathon 10 Drama Korea Penuh Emosi Suspen Dan…

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya tamat pada 26 Januari 2021 dibeberapa buah negeri akhirnya disambung sehingga 4 Februari 2020 yang mana penyambungan ini melibatkan seluruh Malaysia. Tindakan ini diambil berdasarkan kes harian di Malaysia semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan maksimal.

Lebih menakutkan lagi, kluster demi kluster diumumkan sehingga membuatkan ramai orang semakin gusar dan menghadapi tekanan emosi. Oleh itu, tindakan sewajarnya untuk mengelak penularan COVID-19 adalah untuk tetap tinggal di rumah dan jaga diri sendiri sementara tunggu vaksin diberikan mulai pertengahan atau pun penghujung Februari 2021.

Apa yang pasti, kajian pada PKP yang pertama menunjukkan peningkatan penonton drama Korea semakin meningkat kerana banyak menghabiskan masa dirumah dengan menonton drama Korea. Lebih mengejutkan, kajian membuktikan jantina lelaki yang menonton drama Korea semakin banyak yang mana sebelum ini kaum hawa lebih banyak luang masa tonton drama Korea.

Pilihan menonton drama Korea antara solusi terbaik kerana kebanyakkan drama Korea penuh dengan mesej selain menampilkan banyak pelakon berbakat besar selain cantik, kacak dan seksi. Oleh itu, sempena lanjutan PKP 2.0, KOREA BUZZ cadangkan agar anda boleh menghabiskan masa bersama keluarga dengan menonton 10 drama Korea ini yang sesuai di tonton bersama keluarga.

Ayuh kurang tekanan dengan menonton drama Korea pilihan KOREA BUZZ yang mana kebanyakkan drama ini diminati bukan saja orang Korea tetapi pelbagai lapisan masyarakat dunia. Agak-agaknya, anda suka drama yang mana satu?

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini