Layan Love ft. Marriage & Divorce, Evolusi The World of the Married & Penthouse

Awal tahun 2020 menyaksikan sebuah drama Korea berjudul The World Of The Married mendapat sambutan luar biasa dari peminat drama Korea. Malah, jumlah tontonan secara atas talian untuk drama ini melonjak dan telah meningkatkan peratusan penonton lelaki yang luar di jangkaan. Kemelut dan skandal rumahtangga yang ditampilkan ini mengisi emosi ramai penduduk dunia yang menghadapi norma baharu kerana pademik Covid-19.

The World Of Marriege


Resipi yang sama digunakan penerbit drama Korea untuk drama Penthouse yang mendapat perhatian sama seperti The World Of The Married pada penghujung 2020. Lebih menarik, sama seperti The World of The Married, musim kedua kedua-dua drama ini bakal muncul pada 2021. Sementara penonton setia menanti musim yang kedua, produser drama Korea terus-meneruskan memainkan emosi peminat sekeluarga dengan menampilkan drama berjudul Love (ft Marriege and Divorce).

Penthouse

Drama ini dikatakan sudah mendapat perhatian masyarakat Korea kerana kombinasi asam garam dari kejayaan dua drama berkaitan skandal keluarga. Lebih menarik, drama ini dikatakan lebih suspen sehingga melibatkan hubungan sejenis yang tidak disedari berlaku dikalangan masyarakat dunia walaupun sudah gembira dikurniakan cahaya mata.

Drama ini menyingkap kisah tiga keluarga yang melibatkan 3 wanita yang akrab sebagai teman dan sering berkongsi cerita selepas bekerja. Wanita yang bekerja sebagai seorang selebriti dan penyampai radio bernama Boo Hye Ryung diusia 30an telah berkahwin dengan peguam kacak, Pan Sa Hyun yang usianya setahun lebih muda darinya. Selepas tiga tahun berkahwin mereka masih lagi belum dikurniakan anak. Perkahwinan mereka mendapat tekanan dari keluarga suami yang mendesak mahukan cucu kerana keluarga ini mengamalkan hidup tradisi warisan turun temurun. Pasangan ini diuji apabila suaminya diragui mempunyai hubungan sulit.

Teman sekerjanya Sa Pi Young yang usianya 40an bekerja sebagai produser program radio. Dia seorang yang komited dan ibu yang penyayang serta isteri yang setia. Pun begitu,  dia menghadapi kesukaran hidup 30 tahun yang lalu. Dia berkahwin dengan seorang doktor romantik bernama Shin Yu Shin. Ibunya sering dipersalahkan dengan kisah lalu yang menyebabkan dia tidak menerima kasih sayang seorang bapa. Keluarga mentuanya sangat prihatin dan kaya raya. Secara tidak sengaja, ibu mentua pernah ada hubungan dengan bapa mentua Boo Hye Rung. Lebih tragis lagi, walaupun suaminya setia dan bertanggungjawab, Shin dikhuatiri ada hubungan intim dengan seorang pemuzik.


Seorang lagi kawan baik mereka, Lee Si Eun berusia di lewat 50an. Dia bertugas sebagai penulis skrip. Dia seorang yang begitu komited dengan kerja sehingga lupa tentang penampilan sebagai wanita. Perkahwinannya bersama profesor Park Hae Ryun dikurniakan sepasang anak. Secara tiba-tiba, suaminya minta cerai dengan alasan sudah bosan hidup bersama lebih 30 tahun. Padahal dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang yang dirahsiakan identitinya.

Plot cerita ini menjadi lebih menarik apabila ada babak yang menunjukkan Park Hae Ryun dan Pa Sa Hyun keluar dari apartment rumah yang sama. Adakah mereka berdua menjalin hubungan sulit songsang? Jangan lupa menonton drama ini yang sudah dua minggu ditayangkan. Ia penuh dengan suspen!

Kongsikan artikel ini