Selepas Setahun Menduda, Aktor Lee Dong Gun Umum Jadi Biker Tapi Bekas Isteri Lagi Awal Ligat Aktif

Aktor kacak, Lee Dong Gun sudah lama menyepi dari arena seni. Namun, tahun lepas, namanya kembali diperkata selepas mengumumkan penceraian.

Kini selepas setahun bergelar duda, Dong Gun bangkit dan bakal mewarnai kaca TV dalam sebuah rancangan hiburan pelancongan.


Pada 15 Februari, sebuah sidang media telah diadakan bagi mengumumkan penglibatan duda anak satu ini dalam program terbaru MBC iaitu Travel Bike.  


Menerusi program ini, Dong Gun akan melancong ke destinasi pilihan dengan menaiki motosikal sambil berkhemah. Program ini diterbitkan selepas masyarakat Korea kini menjadikan perkhemahan sebagai satu hobi baru bersantai dan menenangkan fikiran.

Program ini dijadualkan bakal disiarkan pada pertengahan tahun 2021. Selain Dong Gun sebagai teraju utama, ramai lagi selebriti popular Korea akan muncul sebagai tetamu jemputan.


Pengumuman penglibatan Dong Gun sememangnya dinantikan ramai pihak. Malah, program ini merupakan kemunculan sulung beliau selepas bercerai dengan Cho Yoon Hee.

Hasil perkahwinan mereka pada 2017, mereka dikurniakan seorang puteri. Walaupun nampak bahagia, selepas tiga tahun berkahwin, mereka umum cerai pada 2020. Bagaimanapun, bekas isteri lebih pantas aktif dikaca TV apabila sudah muncul dalam program SBS iaitu Animal Farm dan The Do I Accdidentally Met pada Disember tahun lalu iaitu 7 bulan selepas bercerai.



Kongsikan artikel ini