Dulu Lee Min Ho Kini Lee Dong Wook, Inilah 6 Lee Yang Pernah Curi Hati Bae Suzy

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bintang ternama Korea bernama Bae Suzy mula dikenali sebagai pelakon apabila dia berjaya membawakan watak dalam drama Dream High bersama IU, Taecyeon, JYP dan ramai lagi. Bagaimanapun, Suzy yang diiktiraf sebagai antara wanita tercantik di Korea lebih dulu mewarnai dunia hiburan Korea dengan menjadi bintang K-POP dalam kumpulan Miss A.

 

Lee Dong Wook & Suzy

 

Bakat Suzy dalam bidang lakonan pada mulanya mendapat kritikan hebat dari segelintir pihak. Pun begitu, Suzy kini lebih menyerlah sebagai bintang drama berbanding bintang K-POP. Malah, disebabkan kecantikannya, Suzy juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan untuk menjadikan figura ini sebagai model dan juru cakap. Difahamkan, pendapatan Suzy sebagai bintang iklan lebih lumayan berbanding bintang drama mahupun bintang K-POP.

 

Hubungan percintaan antara Lee Min Ho dan Suzy sudah berakhir.

 

Memandangkan kecantikan Suzy sering diperkatakan, ramai juga ingin tahu hubungan percintaan wanita ini. Oleh itu, tidak hairanlah penggemar Suzy ingin tahu siapakah lelaki yang berjaya menawan hatinya dan ciri-ciri lelaki pilihan Suzy.

 

3 Lee yang paling intim dengan Bae Suzy.

Terbaru, Suzy mengakui menjalinkan hubungan percintaan dengan pelakon kacak Lee Dong Wook selepas berpisah dengan pelakon Lee Min Ho yang kini menyertai latihan ketenteraan. Istimewa buat pembaca EH! KOREA BUZZ, kami senaraikan selebriti lelaki Korea yang mempunyai pangkal nama Lee dan pernah mencuri hati Suzy.

 

Adakah Suzy hanya sasarkan lelaki bernama Lee? Jom lihat disebelah.

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini