Dulu Lee Min Ho Kini Lee Dong Wook, Inilah 6 Lee Yang Pernah Curi Hati Bae Suzy

3 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. LEE MIN HO

Hubungan aktor kacak ini bersama Suzy mula dihidu apabila mereka berdua pergi bercuti di London. Selepas itu, barulah mereka berdua mengakui bahawa sedang menjalinkan hubungan cinta. Hubungan mereka mengejutkan dunia hiburan Korea dan mendapat perhatian ramai apatah lagi kedua-dua mereka merepukan hero dan heroin terhangat dan tercantik di Korea. Walaupun hubungan mereka direstui, namun berita perpisahan mereka sering digembar-gemburkan. Puncanya disebabkan kedua-dua mereka terlalu sibuk dengan jadual sebagai bintang drama dan agak jarang bertemu. Akhirnya hubungan mereka bertemu titik noktah apabila Lee Min Ho kini sibuk menjalani latihan ketenteraan. Perpisahan mereka membuatkan ramai peminat bersedih tetapi dalam masa yang sama memahami keadaan kedua-dua bintang ini.

3 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini