Eli U-Kiss Sertai Senarai Duda Hot Korea Selepas Sah Bercerai Dengan Yeon Soo

Selepas melayari bahtera perkahwinan selama 6 tahun, bekas ahli U-Kiss, Eli atau nama sebenarnya Ellison Kyoung-jae Kim sah bercerai dengan isterinya Ji Yeon Soo. Pengesahan tersebut telah diumumkan Eli di laman instagramnya.



“Tahun 2020 merupakan tahun yang begitu sukar bagi semua. Saya ada berita yang ingin dikongsikan bersama anda semua. Saya dan isteri saya telah membuat keputusan untuk berpisah.

Tiada Jodoh Antara Kita



“Ketika ini saya saya menetap di Amerika Syarikat dan anak saya Michael tinggal bersama ibunya di Korea. Walaupun sekarang ini saya tidak dapat berjumpa dengan Michael untuk sementara waktu, saya akan berjumpa dengannya selagi mampu dan akan cuba menjadi ayah terbaik buatnya.

Hanya tinggal kenangan.


“Saya tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang tapi saya doakan semoga Michael dan ibu sentiasa gembira. Saya rasa terharu dengan sokongan dan doa yang diberikan dari anda semua. Saya mohon maaf ia berakhir dengan perpisahan,” tulisan Eli yang berusia 29 tahun.


Pengumuman Eli Kim ini meletakkan dia sebaris dengan duda hot yang telah mengumumkan penceraian pada 2020 seperti Lee Dong Gun. Eli pernah muncul bersama anaknya dalam program Mr. House Husband dan mendapat sambutan menggalakkan dari peminat.

Adakah dengan pengumuman ini membuatkan Eli kembali sebagai bintang K-POP? Semuanya bakal terjawab nanti dan berkemungkinan besar Eli bakal bergelar usahawan terkenal.

Kongsikan artikel ini