Fizikal Paling Mantap, Ini 20 Fakta World Wide Handsome Pujaan ARMY

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jika mengikut resam orang Korea, ahli BTS yang digelar World Wide Handsome iaitu Kim Seok Jin bakal menjadi yang pertama bersara dari dunia hiburan kerana panggilan khidmat tentera. Bagaimanapun, Jin yang dilahirkan pada 4 Disember 1992 menarik nafas lega apabila dia dan ahli BTS yang lain mendapat kelulusan dari pihak kerajaan Korea untuk menangguhkan tanggungjawab ini bagi satu tempoh yang baru kerana berjaya mengharumkan nama negara di peringkat global.

Jin yang menyertai BTS pada sekitar Jun 2013 disunting pihak BTS sewaktu bergelar pelajar universiti. Pada asalnya dia ditawarkan menjadi aktor dalam agensi tersebut dan bertukar menjadi bintang KPOP secara kebetulan. Walaupun tidak menang kategori 100 Paling Kacak di dunia, Jin terus menawan hati ramai wanita dengan gelaran World Wide Handsome yang mana dia sering saja mendapat perhatian setiap kali muncul di majlis anugerah Global.

Bagi mengenali figura kacak dan menawan ini, KOREA BUZZ senaraikan 20 fakta menarik tentang Jin yang ramai tidak tahu serta menjawab segala sebab mengapa dia dipuja ramai.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini