RM Bukan Ringgit Malaysia Tapi Rap Monster, 20 Info Peminpin BTS Mengejutkan..

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ramai mempersendakan ahli BTS yang petah berbahasa English, Kim Nam Joon sewaktu dia menukar nama pentasnya dari Rap Monster ke RM. Terutama sekali pembenci KPOP dari Malaysia sering lemparkan gurauan sinis dan menggelarkan RM sebagai Matawang Ringgit Malaysia.

Bagaimanapun, anak muda yang dilahirkan pada 12 September 1994 terus bangkit di persada pentas antarabangsa bukan saja sebagai ahli BTS tetapi sebagai produser dan komposer lagu. Menjadi antara ahli yang terawal bergelar penyanyi solo, RM yang kepakarannya sebagai Rapper pernah berduet dengan penyanyi antarabangsa seperti Wale, Younha, Warrren G, Gaeko, Kirzz Kaliko, MFBTY, Fall Out Boy, Primary dan Lil Nas X.

Memandangkan RM satu-satunya ahli yang petah berbahasa English, RM menjadi tunjang utama BTS terhadap kejayaan BTS di peringkat global. Bagi yang belum mengenali anak muda yang digilai Luna Maya dari Indonesia ini, KOREA BUZZ kongsi info menarik dan mengejutkan tentang anak muda yang sudah gah di pentas dunia dengan keupayaan sendiri.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse