Fans Korea Setuju Ke Hannah-Aiman Jadi Hye Kyo-Rain Untuk Remake Full House?

Tahun lalu, apabila nama pelakon popular, Fattah Amin dicanangkan menjadi hero remake drama Korea, Coffee Prince bersama Janna Nick, peminat fanatik Korea berang dan merasakan suami kepada Fazura ini tidak layak memegang watak yang pernah dipegang oleh Gong Yoo dalam versi asal. Walaupun isu ini menjadi kecoh dan tular sana-sini, rezeki tetap memihak kepada Fattah dan remake Coffee Prince juga berjaya mencipta rekod tersendiri.

 

Hannah Delisha, Song Hye Kyo, Aiman Hakim & Rain.

 

Selepas Coffee Prince, produser drama tempatan kini sekali lagi memilih drama popular dari Korea iaitu Full House untuk dijadikan remake. Untuk Full House versi Melayu, pelakon dari Singapura iaitu Hannah Delisha telah mengesahkan bahawa dia bakal menjadi heroin drama berkenaan yang mana watak asal dipegang oleh Song Hye Kyo. Pelakon yang juga penyanyi ini menyatakan bahawa dia bakal memulakan pengambaran dalam waktu terdekat dan dikehendaki memotong rambut menjadi pendek sebagai persediaan melakonkan watak berkenaan.

 

Penampilan Hannah Untuk lagu Esok Masih Ada.

 

Menerusi remake drama Full House, Hannah yang popular menerusi drama Mencitaimu Mr Photographer bakal bergandingan dengan Aiman Hakim yang menjadi Rain untuk drama tersebut. Difahamkan, ini merupakan kali kedua Hannah bergandingan dengan Aiman yang pernah memegang watak sebagai hero Korea dalam filem Kimchi Untuk Awak bersama Emma Maembong arahan Michael Ang.

 

 

Figura yang bergelar penyanyi dan pelakon.

 

 

Menyedari kekecohan yang pernah berlaku terhadap remake Coffee Prince, Hannah ternyata agak gerun untuk memegang watak berkenaan kerana mengetahui perangai peminat fanatik Korea yang begitu ambil berat pada karya dari Korea. Namun, Hannah dirasakan tidak perlu bimbang dengan perkara berkenaan kerana dia pernah membuatkan segelintir peminat Korea jatuh hati dengan lakonannya yang mantap menerusi drama yang menggandingkannya dengan Syafiq Kyle.

 

 

Mampukah Hanna mengulangi kejayaan gandingannya bersama Syafiq Kyle?

 

Malah, EH! KOREA BUZZ merasakan peminat fanatik Korea bersetuju dengan pemilihan Hannah dan Aiman untuk remake Full House ini. Lebih-lebih lagi Aiman yang dirasakan begitu sesuai menjadi hero remake Coffee Prince sebelum ini serta berpengalaman dalam filem berlatar belakangkan Korea. Pun begitu, mungkin ada juga merasakan sedikit kurang puas hati kerana produser tidak memilih pelakon tempatan tetapi memilih pelakon berasal dari Kota Singa untuk remake Malaysia.

 

Gandingan asal Rain dan Song Hye Kyo.

 

Apapun, mampukah Hannah dan Aiman membawakan watak yang dipegang Song Hye Kyo dan Rain? Tunggu saja apabila ia bakal ditayangkan tidak lama lagi. Dalam pada itu, EH! KOREA BUZZ merasakan ada baiknya produser tersebut menggandingkan pelakon asal Korea untuk watak yang lain. Mungkin drama ini nampak lebih umph memandangkan ada juga pelakon Korea telah menunjuk minat untuk berlakon dalam penerbitan Malaysia.

 

Korea turut membuat remake Full House yang menggunakan pelakon lain.

 

Untuk pengetahuan, penerbit Korea sendiri pernah membuat remake Full House yang menampilkan jalan cerita yang sama tetapi menggunakan pelakon yang berbeza. Antara negara yang pernah membuat remake drama ini ialah Filipina, Thailand, Vietnam, Kambodia, Turki dan China.

 

Remake Full House versi Filipina.

Mungkin jua produser boleh menggunakan lagu Full House versi Melayu yang pernah dipopularkan oleh Arwah Izwan Pilus iaitu Kembali Senyum supaya mengekalkan momentum drama remake ini.

 

https://www.youtube.com/watch?v=-UImz0hnanw

Kongsikan artikel ini