Figura Dari Produce 101 Korea & Hazami Bersatu Demi Trio H

Program TV popular di Korea iaitu Produce 101 baru saja melahirkan sebuah kumpulan K-POP lelaki popular Wanna One. Selain melahirkan bakat baru dalam bidang muzik K-POP, program yang mencetuskan fenomena baru di Korea ini turut disertai ramai penggiat seni hebat di Korea Selatan.

 

Pemenang Produce 101 versi lelaki.

 

Jadi tidak hairanlah setiap lagu baru yang dimuatkan dalam album program tersebut menjadi Hits dan siulan anak muda bukan saja di Korea bahkan di seluruh Asia termasuklah Malaysia. Antara lagu hits tersebut ialah lagu Show Time yang dinyanyikan oleh Samuel, Ji Sung, Taehyun, Sung Woon, Woo Jin, Sang Gyun dan Woo Dum.

 

 

 

Lagu ini adalah hasil ciptaan komposer bernama Ashtray. Selepas melibatkan diri dalam Produce 101, Ashtray terus sibuk mencipta lagu untuk ramai artis Korea termasuklah trio H yang juga akan menyanyikan lagu ciptaan Hazami.

 

 

Peserta yang menyanyikan lagu Show Time.

 

 

Menerusi album Trio H ini, Hazami dan Ashtray bakal berkolaborasi dalam menghasilkan karya terbaik buat trio kacak dan seksi ini. Sungguhpun ramai peminat Korea menyangka trio berkenaan adalah Triple H, namun ia masih lagi menjadi teka-teki memandangkan Hazami masih berahsia bagi menghormati permintaan anak seni Korea itu.

 

Siapakah Trio H yang dimaksudkan itu?

Dalam pada itu, Cloudworks Entertainment yang bakal melancarkan lagu terbaru Hazami berjudul Maha pada Ogos depan bercadang ada baiknya pihak penerbitan Remake drama Coffee Prince mengambil lagu tersebut sebagai OST drama yang bakal ditayangkan di ASTRO RIA mulai November nanti.

Kongsikan artikel ini