Foto Baju Kahwin Tradisional Indonesia Tular, Jin BTS Terlupa Tarikh Pakai Baju Nikah Itu!

Memang tidak dapat dinafikan, peminat BTS sangat kreatif dalam menyunting foto 7 jejaka kacak iaitu Jin, RM, Jimin, Taehyung, Jungkook, Suga dan J-Hope yang menjadi hak milik eksklusif Big Hit Entertainment.

Terbaru, ahli BTS yang digelar World Wide Handsome iaitu Jin terkejut apabila foto dia dan rakan ahli BTS mengenakan baju kahwin tradisional budaya Indonesia tersebar luas di laman sosial.



Menerusi komen Jin terhadap foto-foto tersebut, Jin bertanya adakah mereka termasuk dirinya pernah memakai baju tersebut untuk sesi fotografi. Malah, Dia juga menyatakan lupa dan tidak ingat lagi.

Pertanyaan ini dibangkitkan Jin selepas melihat foto yang disunting penggemar BTS iaitu aiidankim seakan realiti. Malah, tidak dinafikan BTS sudah pasti menjalani ribuan sesi fotografi untuk kempen yang dijalankan.




Difahamkan, Aiidan berasal dari Indonesia dan gemar menyunting foto ahli BTS serta menunjukkan hasil suntingan tersebut di laman Instagram miliknya. Apa yang pasti, hampir kesemua foto yang diedit mengenakan baju budaya Indonesia ini mengundang tanda tanya serta impak yang luar biasa.

Malah, ia menggembirakan peminat BTS iaitu Army Indonesia yang memang mengidam melihat 7 jejaka ini menggenakan baju tradisional mereka.

Kongsikan artikel ini