Gempar! Hasrat Penyanyi Korea Peluk Islam Tidak Direstui Ibu Tapi…

Pelantun lagu raya berjudul Insa Raya yang berasal dari Korea iaitu Jay Kim berhasrat untuk memeluk Islam. Malah, dia yang turut popular sebagai youtuber ini memilih Malaysia sebagai negara untuk dia mendalami lebih tentang Islam.

 

Penampilan Jay Kim dalam MV Insa Raya.

“Saya sudah lama mempelajari tentang Islam. Mungkin dalam waktu terdekat ini saya bakal memeluk Islam. Terus-terang, sepanjang saya berpuasa, saya rasa aman dan tenang. Kalau boleh saya ingin memeluk Islam di Malaysia.

 

 

“Saya dapat tahu, di Malaysia sangat indah dan harmoni. Malah, bagi saya yang masih baru mengenali Islam, mungkin lebih mudah untuk saya belajar tentang Islam di Malaysia. Saya tahu, orang Islam di Malaysia sangat ramah dan mesra.

 

 

 

“Malah, banyak juga Masjid yang cantik dan Imam-imam untuk saya jadikan rujukan nanti. Saya masih tidak tahu bila saya akan ke Malaysia. Namun, mungkin dalam waktu terdekat ini memandangkan saya juga terlibat dengan promosi lagu Insa Raya kolaborasi bersama penyanyi dari Malaysia,” jelas Jay Kim atau nama sebenarnya Kim Jae Han.

 

 

Bagi yang mengikuti Saluran Youtube Jay Kim, dia pernah menyatakan sebab-sebab mengapa dia pilih dan teringin sangat untuk datang Ke Malaysia. Anda boleh menonton video berjudul 9 Reason why I want to go Malaysia.

 

 

 

Dalam pada itu, menerusi entri video terbaru Jay Kim, jejaka kacak dan bersuara lembut ini mendedahkan bahawa hasrat untuk memeluk Islam telah dihidu oleh keluarganya selepas video dia pertama kali menunaikan solat di tonton oleh ibunya.

 

 

 

 

Menerusi video berjudul What If I become a Muslim dengan berdurasi lebih 12 minit itu, Jay Kim mendedahkan perbualannya bersama ibunya tentang Islam dan hasratnya untuk menjadi mualaf.  Ternyata dalam video tersebut, ibu Jay Kim amat terkejut dan tidak merestui hasratnya untuk berubah menjadi Islam. Pun begitu, ibunya lebih menekan bahawa dia lebih risau dengan keadaan anaknya itu selepas menjadi Islam.

 

 

View this post on Instagram

Beautiful Seoul ?? #석촌호수 #잠실 #롯데타워

A post shared by Jay Kim (@jaehan9192) on

 

 

Ini kerana, ibu dan masyarakat di Korea terlalu terdedah dengan cerita negatif tentang Islam. Apa sekalipun, Jay Kim yang banyak mengkaji tentang Islam telah menjelaskan keadaan yang sebenar. Untuk mengetahui perbualan itu, anda boleh tonton sendiri video tersebut di saluran youtube Jay Kim.

 

 

 

 

Pelbagai komen sokongan telah diberikan warganet buat Jay Kim mengenai hasratnya itu. Jadi, seandainya anda menyokong hasrat penyanyi ini, anda bolehlah meninggalkan komen di youtube atau instagram Jay Kim. Malah, anda juga boleh menunjukkan tanda sokongan dengan menonton muzik video Insa Raya nyanyian Jay Kim, Hyunmin-A, Reyhan One Avenue Band, Natasha Yazir dan Keyin Tay sekaligus menang hadiah bernilai RM1,500. Untuk ketahui anda boleh klik di sini.

 

 

 

Kongsikan artikel ini