Pasangan antarabangsa antara pelakon Ham So Won dan suami mudanya iaitu Jinhwa sering mendapat perhatian. Sebelum ini, rumahtangga mereka dikatakan rentak. Namun, ikatan perkahwinan mereka yang dikurniakan seorang cahaya mata kembali bertaut.
Terbaru, Ham So Won telah mengemaskini status di laman instagramnya dengan gambar yang mengghairahkan.
Menerusi foto tersebut yang dimuat naik pada 19 Jun 2021, So Won menulis dia banyak menghabiskan masa bersama suaminya sejak kebelakangan ini. Dia juga banyak berkongsi foto mesra bersama.
Dari foto tersebut adalah foto dia baru saja menerima urutan bersama suami mudanya yang kacak. Malah, So Won turut senyum nakal dengan berkongsi foto suaminya yang separuh bogel.
“Hye Jung (anaknya) banyak menghabiskan hujung minggu dan pergi berurut dengan ayahnya Ia merupakan malam yang indah kerana dapat menyuap suami dan anaknya. Serta dapat memandikannya dan menidurkannya. Tidak lupa, sudah lama saya jatuh cinta bersama. Anda semua makan malam lewat tak? Jom makan tengah malam pada malam akan datang,” kongsinya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi termasuklah ramai mengatakan gembira dan suka mereka bersama lagi. Malah, ada yang mengatakan mereka seperti pasangan yang baru saja berkahwin. Lebih kelakar ada yang mengatakan bintang itu kelakar kerana menutup bahagian putting suaminya.
Ham So Won berkahwin dengan Jin Hwa yang 18 tahun lebih muda darinya pada 2018. Mereka dikurniakan anak perempuan Hye Jung pada Disember tahun yang sama. So Won dilanda kontroversi berlipat ganda menerusi penampilannya dalam program Taste Of Wife di saluran TV Chosun. Suaminya juga diheret dengan pelbagai gossip liar.