Sebelum ini, industri hiburan Korea sering membuat kejutan apabila ramai artis terpalit dengan kisah skandal dan kontroversi yang memaksa mereka untuk mengundur diri dari menjadi bintang.
Tatkala ini pula, ramai terkedu apabila hampir setiap bulan ada saja mengumumkan berita perkahwinan. Walaupun ia berita menggembirakan, namun ramai orang pelik dan terkejut kerana makin ramai artis Korea mahu menamatkan zaman bujang apabila pasangan yang dirahsiakan sebelum ini sudah hamil tanpa sengaja.
Oleh kerana itu, ada sebilangan peminat mengatakan, hamil untuk kahwin seakan satu trend atau taktik baru bagi artis Korea terutama sekali bintang KPOP yang diketahui amat sukar menjalinkan hubungan cinta apabila sudah menandatangani kontrak dengan agensi hiburan korea.
Apa sekalipun, sama ada ia trend baru atau tidak, Korea Buzz senaraikan 11 artis Korea yang berkahwin apabila pasangan sudah hamil terlebih dahulu.