Hampanya…Hasrat Aktor Korea Berpuasa Terbantut Tapi MV KPOP Tetap Dilancarkan

Perancangan aktor Korea bernama Cho Wan Jin untuk cuba berpuasa di Malaysia tidak kesampaian apabila pihak penganjur program Iftar bersamanya yang dijadualkan pada 18 Mei ini di Hotel Amari Johor Bahru telah dibatalkan pada saat akhir.

 

Wan JIn Segak Berbaju Raya. Foto: Jepp Ryoshashin.

 

Kedatangan Cho Wan Jin yang sepatutnya tiba di Malaysia bermula 12 Mei sehingga 19 Mei untuk sesi rakaman program TV baru mengenai Malaysia terpaksa ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

 

Mahu hasratnya bakal ditunaikan dalam waktu terdekat. Foto: Jepp Ryoshashin

 

Meluahkan rasa sedih, Wan Jin yang teruja untuk berpuasa bersama peminat di Malaysia memohon maaf kepada peminat yang sudah pun menempah tiket untuk hadir ke Majlis Iftar berkenaan.

 

 

Walau sibuk sebagai pelakon di Korea, Wan Jin tetap mahu datang ke Malaysia. Foto: Jepp Ryoshashin.

“Saya sudah lama untuk cuba berpuasa dan merasai pengalaman yang dirasai peminat di Malaysia. Namun, masih belum berpeluang. Apapun, saya rasa terharu apabila sahabat baiknya iaitu Hyunmin-A sedikit sebanyak telah banyak menerangkan mengenai puasa. Harap satu hari nanti ia bakal jadi kenyataan,” ujar Wan Jin.

 

Selepas 4 tahun barulah Hyunmin-A berpeluang melancarkan MV single sulungnya.

 

Walaupun program Iftar yang digabungkan dengan Majlis Pelancaran Muzik Video K-POP Hyunmin-A dibatalkan, peminat lagu yang pernah popular di radio nombor satu Malaysia ERA FM iaitu I’LL Show tetap dapat menyaksikan video berkenaan yang akan dilancarkan oleh Warner Music Malaysia.

Hyunmin-A tidak pernah jemu mencorak langkah sebagai artis di Korea mahupun di Malaysia.

Apa yang pasti, Video Muzik yang dibuat oleh M4M Production akan dilancarkan pada 19 Mei 2018 di saluran Youtube Warner Music Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksikan video muzik yang ditunggu peminat selama 4 tahun itu nanti.

Kongsikan artikel ini