Hatae Hotae Live Debat Isu Legit Korea! BTS Topik Pertama Yang Dibahas Panel

Pelbagai isu yang timbul berkenaan dunia hiburan Korea terutama sekali berkaitan bintang K-POP. Malah, banyak warganet terutama sekali masyarakat Asia Tenggara lebih gemar menghebahkan kisah negatif berkaitan artis Korea berbanding kisah positif.

Walaupun pencapaian yang lebih banyak dikecapi dunia hiburan Korea ke peringkat antarabangsa, mata lebih tertumpu dengan kisah kontroversi dan skandal melibatkan bintang Korea. Malah, bukan saja artis diberikan perhatian, apa saja yang berkaitan Korea turut mendapat perhatian dunia. Tidak kiralah kosmestik, fesyen, cara hidup dan politik. Jadi tidak hairanlah lelaki Korea yang digelar Oppa mudah popular di laman sosial.



Setiap negara mempunyai pelbagai pandangan mengenai Korea. Tidak semua masyarakat dunia meminati artis Korea yang sama. Malah, ada ramai yang tidak tahu, kebanyakan artis Korea yang lebih popular di peringkat antarabangsa sebenarnya bukanlah bintang terkenal di Korea. Hanya segelintir saja yang benar-benar hit dan legit di Korea.

Isu legit tentang Korea sering saja dibangkit pembenci Korea. Bagaimanapun, mengikut kata pepatah kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Ada kalanya, isu panas yang tercetus itu bukan datang dari artis Korea itu sendiri sebaliknya dari peminat yang terlalu obses terhadap bintang Korea. Dalam erti kata lain, banyak yang tidak sedar fanatik artis juga mendorong kejatuhan artis tertentu.

Apakah topik yang akan dibincangkan nanti?

Punca dan penyelesaian sesuatu isu boleh dikatakan sering tidak bertemu titik noktah. Tuduhan dan andaian sering dilakukan tanpa usul periksa. Oleh itu, Korea Buzz menerusi program bual bicara atas talian pertama iaitu Hatae Hotae Live (Bermaksud Isu Panas) bakal menjadi platform untuk mengetahui lebih terperinci tentang isu yang berbangkit. Program ini bakal mula bersiaran secara langsung pada 20 Jun 2020 bersamaan Sabtu bermula jam 9 Malam waktu Malaysia di laman facebook Korea Buzz. Program ini bakal diacarakan dalam bahasa Melayu dan English bersama Hyunmin-A.

Menerusi program ini, panel yang dijemput terdiri daripada mereka yang pakar dalam isu-isu tertentu supaya nada dari peti suara itu boleh diterima pihak yang kurang tahu tentang isu berkaitan. Malah, peminat bertuah turut sama dijemput untuk mengutarakan pandangan sekali gus mengetahui firasat tulang belakang artis Korea. Jika kena masa dan tarikh, artis  atau figura yang berkaitan turut sama akan dijemput menjelaskan situasi tersebut.

V dan Jungkook juga sering tular.



Jadi, bagai merasmikan episod pertama Hatae Hotae Live, topik tentang BTS menjadi pilihan untuk dibahaskan. Ini kerana, BTS adalah kumpulan yang sering mendapat perhatian dunia. Malah, hampir setia jam, apa saja berkaitan BTS pasti tular di sosial media. Penularan tersebut bukan saja di Malaysia saja tetapi turut merabak di negara asia yang lain termasuklah negara barat.

Untuk menghangatkan program ini, Korea Buzz ingin menjemput wakil ARMY (peminat BTS) dari seluruh dunia terutama sekali Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand untuk turut sama dalam episod pertama membincangkan tentang BTS. Jika anda orang yang dicari, anda bolehlah menghantar penyertaan dengan menghubungi laman instagram Hyunmin-A. Semoga Hatae Hotae Live menjadi medan terbaik bagi menyelesaikan serta mendidik masyarakat tentang dunia Korea yang sebenar. Program ini juga turut memberikan peluang penonton memenangi hadiah menerusi segmen interaksi nanti.

Mampukah merungkai isu BTS?

Kongsikan artikel ini