Hazami Cipta Lagu Untuk 3 Artis Korea

Penyanyi Hazami yang mula menggegarkan industri hiburan tempatan menerusi lagu Sonata Musim Salju dilaporkan sedang dalam pembikinan lagu baru untuk tiga artis dari Korea.

 

Hazami merakamkan memori indah di Seoul, Korea.

 

Pihak pengurusan Hazami iaitu Cloudworks Record telah mengesahkan hal berkenaan dan menyatakan tawaran ini diterima sebaik saja Hazami pulang dari Seoul tahun lalu. Dalam kunjungan tersebut, Hazami bersama peminat berpeluang menerokai industri muzik K-POP dan berjumpa dengan artis dan penggiat seni dari Korea.

 

Ditanya mengenai gerangan artis Korea yang bakal menyanyikan lagu berkenaan, pihak Hazami masih lagi berahsia. Namun, trio K-POP yang bakal melatunkan irama ciptaan Hazami mempunyai pangkal nama yang sama dengan penyanyi yang kini aktif mencipta lagu untuk artis tempatan.

 

 

Difahamkan, artis Korea berkenaan kini sangat aktif mempromosikan album baru di Korea selain sibuk ke negara tembok besar untuk mempromosikan album mereka yang turut dirakamkan dalam bahasa Mandarin. Berkongsi lebih lanjut tentang proses pembikinan album itu, lagu berkenaan akan didendangkan oleh Trio berkenaan dalam bahasa Melayu dan Korea.

 

 

 

Apa yang pasti, Hazami bakal menjadi artis dan komposer tempatan yang terawal berjaya menawan penggiat seni Korea untuk menerima karya yang bermutu.

Kongsikan artikel ini