Mengaku Banyak Gelak & Nangis, Hero Mr Queen Berubah Jadi Maskulin & Mempersona

Menerusi penampilan terbaru dalam majalah fesyen di Korea, hero kacak yang mula menyinar menerusi drama Mr Queen tampil berbeza dengan gaya lebih maskulin serta sesuai peredaran semasa. Malah, Kim Jung Hyun kelihatan lebih seksi tanpa memerlukan dia menanggalkan baju.

Penampilan terbaru Kim Jung Hyun.

“Saya harap karya ini menjadi naskah yang boleh ditonton berulang kali. Saja juga harap ia kekal memori indah buat peminat drama Mr Queen. Saya banyak menangis dan ketawa untuk drama ini.

“Anda kelihatan gembira apabila anda dapat mengamati keikhlasan dan keinginan watak tersebut dalam sesuatu situasi. Ia jelas menunjukkan lakonan yang baik boleh menarik penonton dalam cara jenaka. Saya tidak mahu pisahkan genre dan lakonan. Penting untuk menonjolkan watak sebenar dengan lebih jelas,” katanya.  

Sementara itu, Kim Jung Hyun tidak lupa berterima kasih kepada penonton yang mengelarnya sebagai aktor terbaik menerusi drama tersebut.


“Saya rasa anda jumpa sesuatu dalam lakonan saya. Saya masih lagi dalam proses menyambung untuk mencari emosi dan mesej untuk meyakinkan penonton. Masih lagi sukar untuk mengatakan saya adalah aktor terbaik.

“Ini adalah masa penting bagi saya. Saya cuba jadi terbaik selagi mampu. Sebab itulah, saya merasakan momen ini adalah penting bagi saya. Saya harap saya boleh buat lagi baik untuk masa akan datang,” jujurnya.

Walaupun beliau nampak menyerlah dalam drama Mr Queen, peminat drama Korea pernah tertarik dengan lakonannya dalam drama bertemakan pelajar sekolah berjudul School 2017. Malah, jejaka kacak ini sebenarnya bergelar penyanyi di Korea yang mana salah satu OST Mr Queen dinyanyikan olehnya sendiri.