Hidup Tidak Tenang, Lee Dong Wook Tidak Puas Hati Dengan Siapa Tu?

Nama pelakon kacak, Lee Dong Wook bukan saja gah sebagai pelakon. Malah, dia juga cukup terkenal di Korea dan serata dunia sebagai model dan pengacara TV. Pelbagai kejayaan dikecapi bintang ini, namun, secara tiba-tiba dia masih lagi tidak berpuas hati.

Luahan rasa tidak puas hati ini bukanlah ditujukan kepada individu lain. Sebaliknya, Dong Wook membuat kenyataan tersebut kepada temu bual eksklusif terhadap dirinya sendiri. Aktor yang mula mencipta nama menerusi drama My Girl ini tidak pernah memikirkan sejauh mana dia telah pergi dan pencapaian yang telah dikecapinya. Dia masih lagi belum rasa tenang dan berpuas hati dengan dirinya.  

“Saya berharap agar satu hari nanti saya boleh berbangga dengan diri saya sendiri. Saya juga mahu rasa lebih tenang setiap hari. Saya bukanlah mengatakan saya tidak melakukan terbaik setakat ini, cuma saya rasa ada yang lebih baik menanti saya.

 

“Saya juga percaya, saya perlu melihat diri saya secara lebih realistik. Ada kalanya saya perlu cintakan diri. Saya tidak mahu jadi hipokrit dengan menipu orang lain. Saya hanya mahu mengingatkan diri saya sendiri.

“Bos agensi saya ada memberitahu saya untuk berhenti memperlekehkan diri sendiri. Tapi saya menolaknya dan menjawab saya perlu ketahui diri sebenar saya. Saya perlu memahaminya dengan lebih jelas sehingga saya telah sampai sejauh ini ” katanya.

Sering tampil dengan karya menarik, Dong Wook sering meletakkan sasaran yang tinggi dengan setiap apa yang dilaksanakannya.


“Saya mahu dikenali sebagai aktor yang berpengetahuan tinggi. Itulah pemimpin kepada kejayaan pada masa akan datang,” ujarnya.

Kongsikan artikel ini