Hoon Doo Sahkan Datang Malaysia & Semi Final Gegar Vaganza 9!

Duo korea yang popular menyanyikan lagu melayu di salurannya iaitu Hoo Doo telah mengesahkan bahawa mereka akan berada di Malaysia mulai 19 November 2022. Merancang lebih 2 tahun, akhirnya jejaka kacak ini mengumumkannya di saluran youtube mereka.

Lebih menarik lagi, mereka yang setiap minggu rebiu persembahan bintang Gegar Vaganza turut mengesahkan akan hadir dalam program berkenaan pada 20 November 2022 iaitu pada minggu semi final.

Keterujaan datang ke Malaysia juga turut dikongsi Hoon Doo dengan pembukaan rasmi pejabat terbaru mereka yang terletak ditengah-tengah bandar Gangnam. Difahamkan, selain hadir ke GV9, mereka juga bakal ronda satu Kuala Lumpur untuk mencuba segala cadangan yang diusulkan peminat mereka dari Malaysia.

 

Sementara itu, Hoon Doo digembar-gemburkan akan mengadakan sesi bertemu peminat secara kecil-kecilan. Namun, ia masih belum disahkan lagi tetapi diberkemungkinan besar mereka berminat untuk membuat sesi karaoke bersama peminat Malaysia. Menariknya, kedatangan mereka kali ini dibawa oleh HAE iaitu pengurusan yang sebelum ini menguruskan kemasukan Hanbyul ke Malaysia.

Oleh itu, seandainya anda mahu tahu perancangan mereka, anda bolehlah hubungi Instagram HAE atau big bos Hae iaitu Hyunmin-A di laman Instagram. Apa sekalipun, Hoon Doo yang pernah menjadi penghias muka depan Korea Buzz sangat teruja untuk hadir ke Malaysia buat julung kalinya.

 

Kongsikan artikel ini