Nyanyian Cindai Dipuji Ramai, Hoon Doo Bingung Nak Nyanyi Lagu Raya Apa?

Pasangan duo dari Korea yang dicanang bakal menyertai program Big Stage musim terbaru, Hoon Doo meraih pujian sekali lagi apabila cuba mendendangkan lagu tradisional berjudul Cindai yang dipopular oleh Dato Sri Siti Nurhaliza Taruddin.

Walaupun lenggoknya diubah sedikit moden, peminat teruja apabila pasangan ini membuat sedikit korus cindai dalam Bahasa Korea. Ia membuatkan lagu ini tambah comel dan diminati.

Anda boleh menonton sendiri bagaimana dua jejaka kacak ini cuba mendendangkan lagu tersebut. Nampak senang tetapi mereka sebenarnya mengambil masa yang lama untuk mendendangkan lagu tersebut.

 

Korea Buzz dapat tahu, Hoon Doo sudah mula berlatih lagu ini sejak mereka datang bertandang ke Malaysia sempena konsert separuh akhir Gegar Vaganza. Terbaru, pihak pengurusan yang menguruskan karier Hoon Doo memaklumkan bahawa, pasangan ini mahu mendendangkan lagu raya demi menghadiahkan kepada peminat muslim di Malaysia untuk menyambut syawal tidak lama lagi.

Namun, mereka masih bingung mahu memilih lagu raya yang bagaimana. Ini kerana, mereka mendapat lagu raya kesemua enak dan sedap didengar. Oleh itu, Korea Buzz yang diberi amanat ini membuka ruang pembaca Korea Buzz untuk mencadangkan lagu raya berkenaan.

Anda hanya perlu mencadangkan lagu raya berkenaan dengan meninggalkan komen di laman facebook atau Instagram Korea Buzz. Siapa tahu, lagu Raya pilihan anda akan dipilih. Jadi apa tunggu lagi, dengar cerita mereka akan mula rakaman selepas pulang dari Vietnam nanti.

Kongsikan artikel ini