Hoon Doo Masuk Big Stage Musim Baru Ikut Jejak Hanbyul? Betul ke?

Ramai tidak berpuas hati apabila program popular di Malaysia, Gegarvaganza mengumumkan barisan nama peserta yang dianggap tidak sesuai menyertai pertandingan tersebut. Bagaimanapun, pihak penerbitan telah menjawab dengan baik persoalan tersebut dengan mewawarkan format GV musim ke Sembilan bertukar konsep penyertaan.

Selain dari GV, satu lagi program yang menjadi kesukaan ramai turut menjadi teka-teki mengenai peserta. Program tersebut ialah Big Stage yang pernah memilih peserta dari Korea Selatan, Han Byul sebagai juara musim kedua.

Hoon (kiri) dan Doo.

Sungguhpun pihak Astro masih belum memberitahu sama ada program ini akan diterbitkan tahun ini dan mempunyai peserta dari Korea atau pun tidak, warganet terutama sekali warga tiktok sedang berteka-teki mengenai peserta dari Korea. Dari teka-teki tersebut, figura Korea Buzz iaitu duo Hoon Doo telah diundi dan dicadang untuk menyertai Big Stage.

Malah duo yang popular ini dikatakan juga sedang mengintai dan mahu mencuba nasib dalam Big Stage. Bagaimanapun, desas-desus ini masih lagi belum mempunyai kata muktamad kerana segalanya masih lagi rahsia.


Selain dari Hoon Doo, Korea Buzz juga dikhabarkan orang yang pernah bertanggungjawab membawa Hanbyul turut sedang giat mencari calon dari Korea Selatan. Oleh itu, seandainya anda mempunyai calon nama lain untuk big stage bagi peserta Korea, anda boleh tinggalkan komen di facebook Korea Buzz.

Terfikir juga, apa jadi kalau betul Hoon Doo sertai Big Stage? Adakah impak masih sama macam Hanbyul?

Kongsikan artikel ini