Hero True Beauty Kantoi Identiti, Ada Ijazah Seni Fesyen Universiti Filipina

Drama Korea yang digarap dari webtoon popular di Korea, True Beauty bukan saja menampilkan jalan cerita yang menarik. Setiap minggu, sebaik saja drama itu ditayangkan, pastinya ada saja kisah tular melibatkan pelakon-pelakon drama berkenaan.

Terbaru, hero kedua drama ini bernama Hwang In Yeop yang memegang watak Han Seo Joon kantoi apabila wajah polos dia sebelum bergelar model dan aktor tersebar luas dikalangan warga net. Malah, nama sebenar pelakon ini turut terdedah.


Menurut kisah tular itu, Hwang In Yeop pernah menetap di Filipina sebagai pelajar di Nikkei Jin Kai International School (PNJKIS) dan penuntut Davao Women’s University (PWCD).

Menariknya, Hwang In Yeop adalah graduan jurusan fesyen. Sewaktu bergelar pelajar, Hwang pernah menolong sahabatnya dengan menjadi model walaupun waktu itu dia masih lagi tidak sekacak dan sehebat sekarang. Bagaimanapun, menerusi foto yang tersebar itu, matanya yang tajam dan kulitnya yang cerah serta halus tiada beza sepert sekarang ini.  

Selain perkara ini, turut menjadi perhatian netizen bahawa Hwang dikatakan sangat popular di kalangan pelajar wanita dan banyak fotonya bersama wanita di kolej tersebar. Ia seperti lakonannya dalam True Beauty.

Difahamkan, ramai alumni dari Davao Women’s University tidak dapat menahan rasa teruja dan gembira apabila mendapat tahu jejaka yang dulu polos kini bintang besar di Korea.

Bagi yang mengikuti perkembangan aktor ini, dia mula menjadi model sekitar 2017. Namun, minatnya dalam bidang fesyen sudah lama terpahat sejak bergelar pelajar seni fesyen.

In Yeop yang merupakan graduan tahun 2012 turut dikenali dan lebih dikenali dengan nama Ryan di Filipina. Nampaknya apabila cerita sebegini tersebar, ia sedikit sebanyak membuktikan bahawa pilihan dia sebagai Han Seo Jun sememangnya tepat dan dia ibarat menjadi dirinya sendiri.

Kongsikan artikel ini