Aktor baru yang asalnya seorang model, Hwang In Yeop sering meniti bibir wanita dunia apabila dia muncul sebagai hero kedua drama tular, True Beauty. Sejak dari itu, In Yeop yang sebenarnya mempunyai nama English iaitu Ryan menerima pelbagai tawaran terutama sekali dalam bidang peragaan.
Tampil dengan imej yang lebih berkarisma dalam majalah fesyen Korea, In Yeop mendedahkan dia terpaksa menukar gaya rambutnya dari Panjang ke pendek demi drama True Beauty.
“Saya terpaksa menukar gaya rambut saya untuk watak tersebut supaya kelihatan lebih bergaya, stail dan seksi. Saya tidak pernah buat gaya sebegitu sebelum ini,” katanya.
Bagaimanapun, untuk penampilan baru dalam majalah tersebut, In Yeop berubah dengan imej karisma yang tidak dijangka bersesuaian dengan gaya glamor dengan mengenakan sut yang menunjukkan potongan badannya.
Menjawab soalan tentang persahabatan dan cinta, In Yeop yang masih sebati dengan watak Seo Jeon mempunyai jawapan tersendiri.
“Bila pilih persahabatan, anda akan kehilangan cinta, tetapi bila anda pilih cinta, anda perlu bersedia untuk kehilangan kedua-duanya,” ujar Ryan.
Menyentuh mengenai karier lakonannya, In Yeop bersedia untuk melakonkan apa jua jenis watak .
“Saya nak cuba berlakon drama aksi. Saya nak cuba taekwondo dan hapkido. Saya nak belajar skating, berenang, ski dan kendo. Saya sebenaranya bersedia untuk apa jua watak,” katanya.