Couple Crash Landing On You Jadi Real! Hyun Bin & Son Yen Jin Kantoi Bercinta

Pembuka tirai 2021 dikejutkan dengan berita kantoi pelakon kacak, Hyun Bin yang dilaporkan sedang hangat bercinta dengan pasangannya dalam drama Couple Crash Landing On you iaitu Son Yen Jin.

Pertemuan dan keserasian pasangan ini dalam drama tersebut pada 2019 sudah hangat diperkatakan sebelum ini. Namun, tiada sebarang pengakuan berlaku malah lebih banyak penafian.

Berita mengejutkan ini bagaimanapun masih belum sah lagi walaupun foto paparazi antara kedua pelakon ini keluar bersama telah tersebar luas dilaman sosial.

Menurut wakil agensi Hyun Bin iaitu VAST Entertainment, mereka masih belum tahu kata putus tentang berita ini. Sebalik, mereka masih lagi sedang semak akan status berkenaan dan berjanji akan mengesahkannya selepas menerima pengakuan sahih dari kedua-dua pasangan ini.


Sebelum berlakon bersama dalam drama tular Crash Landing On You pada 2019, mereka berdua lebih dulu berlakon dalam filem yang diterbitkan pada 2018 iaitu The Negotiation. Kemesraan mereka diluat set penggambaran jelas terbukti pada Mac 2020.

Sama ada benar atau palsu, berita ini sebenarnya satu yang menggembirakan apabila ramai peminat mahu pasangan drama ini menjadi kenyataan sebagai pasangan bercinta. Apa sekalipun, nantikan pengesahan rasmi dari kedua mereka. Mungkin tarikh 1.1.21 menjadi tarikh keramat buat mereka untuk mengumumkan soal cinta.

Kongsikan artikel ini