Ibu Ailee Pergi Buat Selamanya, Kevin Woo & Aktor Penthouse, Park Eun Seok Turut Berduka Hati!

Penyanyi Korea yang dilabel sebagai Mariah Carey Korea, Ailee mengemaskini status instagramnya pada 13 Februari 2021 dengan foto dan nota berbunyi, Saya merinduimu, ibu.

Malah, menerusi posting tersebut, Ailee atau Lee Ye Jin turut mengesahkan ibunya telah pergi buat selamanya selepas menderita sakit.

Ibu Ailee

“Saya rindu ibu. Saya tak boleh tengok ibu lagi, tapi saya percaya ibu akan selalu sokong dan lindungi saya di samping Tuhan. Ibulah wanita tercantik di dunia.

“Ibu berehatlah disana. Saya akan menjadi anak kebanggaan ibu dengan penuh sayang bersama keluarga ,” kata Ailee atau nama sebenarnya Amy Lee.

Ailee bersama ibunya


Selepas melihat pengumuman tersebut, seluruh peminatnya turut berduka dan cuba menenangkan Ailee. Malah, penyanyi Kevin Woo (U-Kiss) turut meninggalkan pesanan berbunyi, salam takziah, semoga akak kuat!

Selain daripada itu, pelakon drama Penthouse yang sedang dilanda kontroversi turut meninggalkan pesanan dengan menyampaikan salam takziah serta mahu Ailee kuat. Park Eun Seok turut mendoakan ibu Ailee tenang dan sentiasa di hati Ailee.

Kongsikan artikel ini