Ibu Bapa Han Byul Selamat Di Australia, Han Byul Sertai Jay Park Menderma

Mungkin ramai tidak tahu, kedua ibu bapa juara Big Stage musim kedua iaitu Jang Han Byul menetap di Australia. Oleh itu, ramai peminat penyanyi lagu Luka & Bahagia menerusi kelab peminatnya, Twinklers meluahkan rasa kerisauan.

 

HANBYUL sedang menjalani kelas bahasa Melayu.

Pun begitu, Han Byul yang kini banyak fokus karier di Malaysia mengesahkan berita mengenai keselamatan ibu bapanya bahawa keluarganya tidak mengalami masalah di sana.

 

Hanbyul segak dan selesa berbaju Melayu.

“Jangan risau. Keluarga saya selamat di sana. Mujurlah daerah tempat mak dan ayah saya tidak terkena dari bencana tersebut. Terima kasih kerana mengambil berat tentang hal ini,” ujar Han Byul.

Han Byul sangat prihatin.

 

Dalam pada itu, Han Byul mengajak kesemua peminatnya untuk berdoa dan menghulurkan bantuan kepada mangsa di Australia. Malah, jejaka kacak ini telah mengesahkan bahawa dia telah pun menderma kepada Australian Red Cross.

 

Peminat adalah segalanya bagi Han Byul.

Merahsiakan jumlah wang yang diderma, Han Byul turut berkongsi di laman Instagramnya cara untuk menderma bagi sesiapa yang berminat untuk membantu mangsa di Australia.

 

Jay Park Seksi tapi baik hati.

Selain Han Byul, seorang lagi bintang Korea iaitu Jay Park telah pun menyuarakan hasrat memberikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa kebakaran yang melanda di Australia. Malah, bintang Rap terkenal ini telah mengesahkan menyumbangkan wang sebanyak RM123,000 kepada mangsa. Sumbangan tersebut telah disalurkan kepada New South Wales Rural Fire Service.

Mahu berhibur sambil beramal.

Jay Park dijadualkan akan ke Sydney dan Melbourne pada 10 dan 12 Januari ini sempena siri jelajah dunianya Sexy 4Eva.

Sikap prihatin Jay Park wajar dicontohi.

Kongsikan artikel ini