I’m hooked on Lisa- Aktor Filipina, Alden Kena Sampok Dengan Lisa Blackpink

Sudah terang lagi bersuluh, kumpulan didikan YG Entertainment, Blackpink menjadi kumpulan KPOP wanita yang paling popular di rantau Asia termasuklah di filipina. Malah, populariti Blackpink yang dianggotai Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose ini turut merebak dalam industri hiburan Filipina.

Difahamkan ramai selebriti Filipina terutama sekali artis lelaki tidak senang duduk apabila mendengar nama kumpulan Blackpink. Apa yang pasti, aktres bernama Liza Soberano dan aktor Alden Richards adalah peminat tegar Blackpink.



Menurut sumber terdekat aktor kacak ini, sebaik saja pulang dari Seoul sempena malam Anugerah Seoul Internasional Drama Awards pada 2019, Alden terus menjadi peminat Blackpink. Kepulangan Alden ke Filipina bukan saja dengan anugerah Asian Star Award, dia juga dikatakan terkena sumpahan Blackpink.

Mengakui kesemua ahli Blackpink cantik dan menawan hati, Alden adalah peminat nombor satu Lisa. Hati Alden berkoncang keras melihat kecantikan Lisa di kaca TV. Alden kena sampok dengan kejelitian dan karakter Lisa yang berasal dari Thailand.



“Wow, she’s amazing. Wow, she’s so cute. Oh, she’s gorgeous. That’s it. I’m hooked on Lisa.– kata Alden.



Terpesona dengan Lisa, Alden yang juga mempunyai jutaan follower di Instagram turut follow Lisa. Malah, Alden pernah mengakui rasa sangat gembira dapat memegang tangan Lisa walaupun ianya hanya sekadar dalam permainan video yang menampilkan Lisa sebagai karakter utama.

Alden tangkap jiwang dan jatuh cinta dengan karakter Lisa dalam permainan video Ragnarok M: Eternal Love. Dia telah berkongsi perasaan tersebut di IGnya yang mempunyai 3.6 juta followers dengan tag lisa di feed tersebut. Caption yang digunakan sangat daring dan berbunyi..

When you can only look at her from afar…– Alden

Dengan perkongsian ini, ternyata Alden adalah Blink lelaki yang terdiri dari golongan selebriti. Malah, dia juga tidak menyorok menjadi peminat KPOP. Anda pula bagaimana?

Kongsikan artikel ini