Ini Jadinya Apabila Lagu Jampi-Hael Husaini Jadi Runut Bunyi MV Drama Popular Korea

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kehebatan lagu Jampi nyanyian dan ciptaan penyanyi Hael Husaini bukan saja hebat menjadi Johan Juara Lagu 32, malah lagu ini sebenarnya sudah banyak merasuk ramai masyarakat tempatan bermula Julai 2017. Selepas menjadi lagu runut bunyi drama popular, Mencintaimu Mr Photographer lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha, lagu ini terus melekat ditelinga pendengar sekaligus menjadi lagu paling popular 2017. Malah, ramai penyanyi dan bakat baru telah menyanyikan semula lagu ini dalam pelbagai versi.

 

EH! KOREA BUZZ tertarik dengan kreativiti peminat K-Pop dan Hallyu yang telah menjadikan lagu ini sebagai lagu runut bunyi untuk dua drama popular dari Korea iaitu Goblin dan The Bride Of Habaek. Ternyata video drama ini telah mendapat komen yang baik dan amat sesuai untuk dijadikan lagu runut bunyi (OST) untuk drama yang berkonsepkan fantasi ini. Selain itu, ada juga video menarik yang menampilkan lagu ini dalam tarian K-POP.

 

Sila lihat di sebelah untuk melihat sendiri video kreatif dari peminat hiburan Korea. Anda boleh nilai sendiri adakah lagu Jampi sesuai untuk dijadikan OST drama Korea. Selain lagu Jampi, lagu yang mendapat tempat ketiga Juara Lagu 32, Tergantung Sepi nyanyi Haqiem Rusli turut sama dijadikan lagu runut bunyi drama Korea oleh peminat.

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini