Haters Dakwa Populariti Korea Bermusim Saja, Kenali 13 Bintang Korea Punya Lebih 10 Juta Follower IG

Prev1 of 14
Use your ← → (arrow) keys to browse

Populariti yang dikecapi artis Korea tidak kiralah dalam bidang muzik (KPOP) dan perfileman drama serta filem (hallyu) pernah dipandang serong sehinggakan ada yang mengatakan ia hanya bermusim saja dan hanya berstatus sementara. Malah, ada yang lebih jahat mengatakan semua yang ada pada industri hiburan adalah pembohongan semata-mata dek kerana masyarakat Korea tidak kisah tentang pembedahan plastik.

Namun, kata-kata sinis kebanyakan golongan pembenci kini semakin berubah apabila industri hiburan ini semakin gah menguasai dunia sehingga banyak masyarakat barat terutama sekali artis Hollywood berebut-rebut untuk berkolaborasi dengan artis Korea. Malah, ada yang dahulu benci kini menjadi fanatik serta ketagih menonton drama Korea.

Penularan kisah artis Korea sering menjadi perhatian dunia. Jadi, tidak hairanlah segelintir artis Korea yang masih belum mengadakan sebarang aktiviti diluar negara menerima kunjungan pengikut yang ramai dari pelbagai jenis lapisan masyarakat dunia di laman Instagram atau IG. Bagaimanapun, artis Korea yang sering mendapat perhatian lebih kepada status Oppa atau lebih tepat golongan lelaki berbanding wanita.

Faktor ini dikenal pasti kerana kaum hawa lebih banyak mengikuti hiburan Korea berbanding lelaki. Namun, kini ia seakan berubah dan menjadi seimbang kerana ramai juga barisan artis Korea wanita turut sama popular. Istimewa untuk pembaca Korea Buzz, kami senaraikan 13 bintang Korea yang mempunyai jumlah pengikut lebih 10 Juta di laman instagram mengikut ranking.

Anda pasti terkejut apabila artis kesukaan anda ini berada turut bergelar instafamous!

Prev1 of 14
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini