Obses Lee Min Ho, Isha Norsham Tolak Jejaka Melayu Nak Suami Korea

Pengacara TV dari Astro, Isha Norsham menjadi bualan secara tiba-tiba apabila kenyataan beliau tentang calon suami. Ketika diwawancara salah satu media tempatan, Isha membuat pengakuan bahawa dia menolak lelaki Melayu.

Malah, dia dengan berani mengaku bahawa terlalu minatkan aktor kacak dari Korea iaitu Lee Min Ho. Isha yang masih baru dalam bidang pengacaraan turut berani bahawa dia langsung tidak minat dengan lelaki Melayu.



Dia turut memberitahu ingin ciri-ciri lelaki idamannya ialah 180 sentimeter. Mengakui dia masih lagi single dan mencari teman lelaki yang mempunyai syarat yang ditetapkan.

Berusia 24 tahun dan berasal dari Perlis, Isha yang pernah menjadi penari hanya mahukan lelaki Korea saja sebagai pasangan hidup. Nampaknya, pengakuan Isha sekaligus melenyapkan angan-angan peminat lelaki Melayu yang ada menaruh perasaan terhadapnya.


Adakah Isha mampu mencari jodoh lelaki Korea? Dan lelaki Korea yang manakah bakal tertawan dengan Isha? Kita tunggu dan lihat saja, adakah jodohnya kuat dengan orang Korea?

Kebetulan pula, sekarang ini pasangan pengacara yang juga pelakon, Hun Haqeem ada persis lelaki Korea. Takkan Isha tak minat kot?  

Kongsikan artikel ini