Biar Betul! Issac Wakil Korea Dalam Big Stage Musim Terbaharu?

Setiap tahun, program Big Stage sering saja menjadi perhatian. Selepas program ini buat julung kalinya menjemput peserta Korea iaitu Hanbyul sekaligus bergelar juara musim kedua, penerbit program ini masih lagi belum lagi menjemput peserta dari Korea untuk musim berikutnya.

Dengar cerita, untuk musim terbaru ini, peserta sudah pun selesai diujibakat tetapi tiada kendengaran peserta dari Korea. Walaupun sebelum ini kedatangan Hoon Doo ke Malaysia disangka untuk Big Stage, ia seakan tidak menjadi kerana pasangan ini tidak menunjukan tanda tanya hadiri uji bakat.

Dalam pada itu, ada suara berbisik mengatakan kemungkinan besar memang tiada peserta dari Korea tetapi ada peserta yang bakatnya digilap dari Korea. Dikhabarkan, salah seorang ahli in2it iaitu Issac bakal menyertai big stage sekali gus mewakili bakat dari Korea.

Issac dikatakan menyertai program ini kerana dia baru saja melancarkan lagu solo dan mendapat sambutan amat mengalakan dan cukup syarat program berkenaan. Bagaimanapun, ada seorang lagi penyanyi dan composer baru yang dikatakan mewakili Korea.

Penyanyi ini juga pencipta lagu Issac dan sangat popular di Tiktok. Malah, dia berdarah Cina ini sangat fasih dalam pelbagai Bahasa termasuklah Korea. Apa sekalipun, semua ini masih samar kerana ia belum pasti lagi.

Namun, Korea Buzz berharap adalah peserta original dari Korea kerana saingan sangat bagus dalam Big Stage musim kedua. Setuju tak?

Kongsikan artikel ini