Isu Remake Coffee Prince: Ini Statement Pelakon Asal Tentang Coffee Prince!

Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Drama Korea berjudul Coffee Prince pernah mencetus fenomena baru dalam industri perfileman Korea. Malah, ia memberi impak yang besar bukan saja di Korea malahan seluruh Asia.

 

 

Atas dasar itu, ramai peminat tegar drama ini begitu sensitif dan teruja apabila cerita dan kisah berkaitan Coffee Prince dibangkitkan semula. Mungkin ini jua yang berlaku di Malaysia tatkala ini apabila pengarah Michael Ang bakal membuat remake Coffee Prince yang membariskan pelakon popular Fattah Amin, Janna Nick, Hafidz Roshdi dan Diana Danielle.

 

Gong Yoo & Fattah Amin

 

Melihat kembali sejarah pembikinan Coffee Prince pada sekitar 2007, kekuatan drama terletak kepada semua pelakon yang terlibat. Sepanjang pembikinan dan tayangan di Korea, peminat tegar drama ini sangat positif dan banyak berinteraksi bersama seperti mereka jugalah adalah orang dibelakang tabir drama tersebut.

 

 

Dalam pada itu, peminat Coffee Prince mengalami kesedihan apabila salah seorang pelakon tersebut iaitu Lee Eon yang memegang watak sebagai Min Yub telah pun pergi buat selamanya selepas drama ini berjaya menyebarkan satu impak baru dalam industri.

 

Istimewa buat pembaca EH!KOREA BUZZ, kami dapatkan kenyataan rasmi dari pelakon asal drama ini dalam mempertejemahkan maksud sebenar Coffee Prince bagi mereka.

Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini