Jae Day6 Mengaku Lukakan Hati Peminat Selepas Sebut “Sugar Daddy”!

Ahli kumpulan Day6, Jae atau nama sebenarnya Park Jae Hyung, 28, memohon maaf secara terbuka kerana tingkah lakunya yang kurang sopan. Permohonan maaf ini dilaksanakan selepas dia menyebut perkataan Sugar Daddy sewaktu mengadakan lintas langsung di saluran sosial media miliknya.

Kenyataan maaf secara terbuka telah dimuat naik Jae pada 25 Mac dengan tertulis saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati peminat saya sewaktu saya muncul di video langsung di saluran sosial saya sendiri.

Pada video langsung tersebut , Jae menyebut Sugar Daddy yang maknanya lelaki tua yang membantu waktu dan sebagai balasan wanita tersebut perlu dating dan seks dengan lelaki berkenaan.

Dek kerana itu, peminat menegurnya tetapi Jae menganggap ia lebih kepada perbezaan budaya dan dia tidak mahu komen lebih tentang perkara berkenaan.

Bagaimanapun, pada 23 Mac dia telah memohon maaf dan sekali lagi memohon maaf yang sama pada 25 Mac 2021.


“Saya mengaku bersalah. Saya betul-betul minta maaf. Sebelum ini, saya tidak faham sepenuhnya kesalahannya saya sehingga ada yang menasihati saya. Insiden ini membuatkan saya lebih matang dan akan lebih berhati-hati dengan ayat dan tingkah laku saya pada masa akan datang,” maaf Jae sambil menunduk.

Berkali-kali memohon maaf, Jae dalam masa yang saya berterima kasih kepada ahli Day6 dan peminat yang sentiasa memberikan dia peluang dan mempercayainya. Oleh itu, dia berjanji akan membalasnya dengan menjadi lebih matang.


Kongsikan artikel ini