Artis Popular Jepun Umur 57 Tahun Mengaku Jimin BTS Adalah Cinta Pertamanya Sampai Terlebih Ghairah!

Selepas namanya disebut kerana klon fanatiknya, nama ahli BTS yang ligat di pentas, Jimin BTS kembali kecoh apabila personaliti TV popular dari Jepun mengesahkan bahawa jejaka ini adalah cinta pertamanya.

Pengakuan tersebut dilakukan Kiriko Isono selepas muncul dalam program variasi FUJI TV pada 27 Jun 2021.

“Jimin banyak memakai baju belang bila keluar santai berbanding di pentas. Saya juga beli baju belang kerana saya tidak memakainya selalu. Tetapi sebab Jimin, saya belinya. Saya hanya melihat Jimin dalam lagu baru BTS iaitu Butter.

“Saya juga dah buat tarian yang dilakukan Jimin. Sebab itu saya ingat dia sangat. Saya memang berkenan dengan Jimin,” kata Kiriko berusia 57 tahun.

Kiriko- Foto Naver.com



Nama Kiriko juga tular dilaman twitter selepas menjawab kicauan Jimin di laman sosial berkenaan.

“Pada malam itu, Jimin post gambar dia dengan mengatakan, Ya, saya dah hitamkan rambut saya. Dia macam pakwe saya. Mungkin Jimin adalah cinta pertama saya,” tambahnya lagi.

Jimin foto Fila Sport


Kiriko Isono turut menggambarkan keghairahannya merasai cinta daripada Jimin. Ia adalah cinta luar biasa yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.

“Walaupun saya tidak rasa seperti itu, saya akan fikir BTS setiap hari. Tapi saya masih tetap akan ingatkan Jimin,” ujarnya.

Jimin- Foto Fila


Dalam pada itu, meneliti peminat BTS di Jepun, Jimin sangat popular dikalangan selebriti Jepun terutama sekali dikalangan personaliti TV, penulis, aktor dan penyanyi.

Vokalis popular kumpulan VIVID VICE, Who-Ya juga meminati Jimin sehingga menulis nama Jimin di cincinnya.  Aktres legenda Jepun, Aokoshi Koizumi turut sama cair dengan Jimin disusuli penterjemah Aokoshi Matsuda yang juga suka dengan Jimin.

Who-Ya- Foto Google



Peminat di Jepun juga sangat suka dengan suara merdu Jimin dengan visualnya yang cantik menerusi lagu jepun BTS berjudul Filmout. Lagu tersebut ada dalam album BTS, THE BEST. Jimin kini tersenarai sebagai artis KPOP Global yang popularitinya diluar batasan.


Kongsikan artikel ini