Kongsi Foto Fetus Di IG, Jin BTS Sah Bakal Bergelar Sam Chon Pada 2022!

Posting terbaru Kim Seok Jin atau Jin BTS di laman Instagram mengundang kejutan apabila dia memuat naik foto imbasan jantina bayi. Ramai hampir meraung dan menangis dengan menyangka Jin yang bergelar World Wide Handsome bakal menjadi bapa tanpa mengumumkan perkahwinannya.

Bagaimanapun, ianya hanyalah bayangan saja kerana foto imbasan tersebut bukanlah milik Jin. Sebaliknya, foto itu milik abang Jin yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, ia turut mengesahkan bahawa tahun 2022 Jin bertukar status menjadi seorang bapa saudara atau Sam Chon (Pak Cik).

Menerusi foto yang dimuat naik pada 27 Julai 2021, Jin menulis Hello? Nice To Meet You sebagai tajuk untuk gambar tersebut.

JIN BTS

Jin juga menamakannya sebagai Butter. Jin yang dikenali sebagai orang yang pandai memilih nama bayi telah diberi penghormatan oleh abangnya untuk menamakan anaknya itu.

Selain terkejut, peminat rata-rata gembira dengan mengucapkan tahniah dan mengatakan Jin akan bergelar pak cik. Malah, ramai mendoakan yang terbaik dan sangsi dengan wajah yang bakal dimiliki anak saudara itu memandangkan pak ciknya seorang yang kacak dan menawan.

Apa sekalipun, apakah nama yang bakal di pilih Jin untuk anak saudaranya itu?

Kongsikan artikel ini