Tak Semua Oppa Makeup, Jin Choi Bongkar Kisah Gong Yoo, Bromance & Valentine

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Model Korea yang terkenal di Asia Tenggara, Choi Tae Gun atau Jin Choi tidak melenting apabila ditanya tentang lelaki Korea yang sering dipandang serong kerana suka berfesyen dan bersolek. Malah, Jin yang kini mula aktif sebagai youtuber turut memberikan nasihat kepada golongan yang suka pandang pada luaran terhadap lelaki Korea.


“Pertama sekali saya nak bagi tahu, tidak semua lelaki Korea berwajah jambu dan suka bersolek. Mungkin disebabkan saya dah berkahwin dan berusia 40 tahun, saya tidak dikelilingi lelaki yang suka bersolek ataupun memakai BB Krim.



“Kebanyakan lelaki Korea yang sudah matang atau dewasa, majoriti menjalani kehidupan biasa sama seperti lelaki dari negara lain. Namun, saya rasa gambaran lelaki Korea yang jambu dan bersolek lebih kepada bintang KPOP.



“Semua lelaki Korea wajib menjalani perkhidmatan ketenteraan. Jika lelaki Korea itu Nampak lembik dan tidak kuat, ia lebih kepada paradoxical. Apa yang membezakan lelaki Korea dan wanita Korea? Susah nak dijelaskan kerana penjagaan kulit dan otot perut di tempat yang sama,” katanya.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini