Sah! Jin Young GOT7 Jadi Yoo Babi Dalam Cells Of Yumi Disamping Heroin Goblin

Selepas membawa haluan masing-masing dengan pengurusan baru, Park Jin Young atau Ji Young yang juga ahli GOT7 disahkan memegang watak sebagai Yoo Babi untuk drama adaptasi webtoon berjudul Cells Of Yumi. Drama tersebut ditulis oelh Kim Yoon Joo bersama Kim Kyung Ran diatas arahan pengarah Lee Sang Yeop.

Menurut laporan, Yumi’s Cells adalah drama webtoon popular di Naver dan dicipta oleh Song Jae Jung yang sebelum ini menulis untuk Memories Of The Alhambra Palace. Selain Jiyoung, heroin drama popular Goblin iaitu Kim Go Eun telah sah disunting sebagai watak utama dengan memegang peranan sebagai Yumi.


Yumi adalah seorang wanita biasa yang bekerja pejabat di usia 30 tahun. Jin Young yang menjadi Yoo Babi akan menjadi kekasih Yumi yang kedua. Ini bukanlah pertama kali Jin Young berlakon yang mana dia pernah menjadi pelakon untuk drama Dream High Musim kedua pada 2012. Malah, bakat Jin Young sebagai aktor terus diasah dengan muncul dalam drama When Man Love pada 2013 dan Dear Eun Dong-ah 2015 serta Legend Of The Bluse Sea pada 2016.

Lebih menarik lagi, Jin Young pernah memegang dua watak disamping Yoo Ji Tae dalam drama Hwayang Yeon Hwa- The Moment Life Becomes a Flower. Bakat lakonan Jin Young terus diiktiraf peminat industri perfileman Korea sehingga dia berlakon dalam filem Korea berjudul Yacha. Filem tersebut masih belum ditayangkan lagi.

Nampaknya, selepas berehat sebagai bintang KPOP, tawaran Jin Young dalam lakonan terus menyerlah dan kini dia bersama Ji Sung untuk drama TVN berjudul Devil Judge. Oleh kerana itu, ramai memberikan harapan tinggi pada Jin Young untuk peranannya sebagai Yoo Babi.



Selain gembira dengan pengumuman ini, peminat KPOP dan drama Korea di Asia Tenggara terutama sekali terkejut dengan nama watak yang dipegang oleh Jin Young. Ramai juga membuat jenaka dengan nama tersebut dan ada pula memohon agar nama ditukar walaupun ia adalah nama dan watak asal drama webtoon berkenaan.


Kongsikan artikel ini