Jiwangnya…Orang Korea Nangis Dengar 10 Lagu Ini. Anda Bagaimana?

Industri muzik Korea bukan saja terkenal dengan irama muzik K-POP yang berentak rancak. Malah, ia turut mempunyai lagu berentak Ballada yang begitu menyentuh hati dan perasaan. Malah, lagu-lagu berentak balada dan perlahan ini sering saja digunakan sebagai terapi kehidupan. Lebih-lebih bagi mereka yang mengalami depresi.

Vibe merupakan artis otai Korea yang mempunyai banyak lagu jiwang.

Menariknya, Korea mempunyai lagu yang bukan saja dikategorikan jiwang habis tetap turut dilabelkan sebagai lagu berhantu yang boleh membuatkan sesiapa saja menitiskan air mata. Tidak kiralah generasi muda atau pun generasi tua, lagu-lagu ini pasti meruntun jiwa.

 

Lee Hong Ki dari FT Island antara penyanyi muda yang banyak menyanyikan lagu yang ballada dan digilai ramai.

Kebanyakkan lagu-lagu ini bukan saja kuat dari segi liriknya saja. Dengan hanya mendengar susunan muziknya saja, emosi pasti berubah dan tanpa sedari air mata pasti berlinang. Dari ribuan lagu yang berada dalam kategori ini, EH! KOREA BUZZ senarai 10 buah lagu yang gerenti buat orang Korea menangis. Tidak kira lelaki atau perempuan.

 

Noel turut sama menjadi ikon lagu-lagu ballada.

Adakah anda juga mengalami situasi yang sama seperti orang Korea selepas mendengar lagu-lagu ini? Apa yang pasti, lagu-lagu ini kebanyakkannya dinyanyi oleh penyanyi Korea yang bersuara lunak dan padu. Rata-rata semua terdiri daripada penyanyi yang mempunyai vocal power di Korea. Hanya segelintir saja penyanyi K-POP yang menyanyikan lagu sedemikian rupa.

Jom dengar dan ikuti pengajaran disebalik lagu-lagu sedih ini.

3 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

3) 노을 (NOEL) – 늦은 밤 너의 집앞 골목길에서

Kisah kekasihkan yang sangat merindui bekas kekasih yang sering dipuja dan disayangi lebih dari diri sendiri.

3 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini