Terima Kasih Frontliner! Penyanyi Korea, John Park Pulih Dari Positif COVID-19

Penyanyi Korea, John Park yang telah disahkan positif Covid-19 sebelum ini baru saja keluar dari hospital.

Pengesahan tersebut telah dilaksanakan agensi jejaka tinggi lampai ini pada 2 Februari lalu dengan menyatakan keputusan akhir kesihatan John Park menunjukkan dia kini negatif Covid-19.


Malah, John Park pun sudah pun dibenarkan pulang dari hospital pada 24 Januari 2021. Sekarang ini, jejaka yang popular dengan lagu Thought Of You (네 생각) dilaporkan masih lagi dalam proses pemulihan sepenuhnya tetapi masih lagi fokus dengan kerjanya sebagai penyanyi.

Bagi menguatkan lagi pengesahan ini, John Park telah meninggalkan coretan maaf di laman instagramnya.


“Saya mohon maafkan kerana merisaukan anda semua. Saya mahu berterima kasih kerana anda semua  kerana tidak henti memberikan sokongan dan menceriakan hidup saya. Dengan kerja keras dan rawatan rapi dari frontliner, saya kembali pulih dan sihat tanpa sebarang masalah,” katanya.

Pada awal Januari 2021, John Park telah didapati positif tanpa ada sebarang simptom. Dia telah menjalani kuarantin di hospital dengan dipantau dan diberi panduan menjaga kesihatan dari pihak kesihatan Korea.


Sementara itu, keluk peningkatan kes positif COVID-19 dikalangan penggiat muzik Korea terutama sekali penyanyi menunjukkan angka yang membimbangkan sejak tahun lalu lagi. Selain John Park, ramai lagi penyanyi Korea telah pulih dari positif Covid-19 termasuklah Chung Ha dan Lee Chan Won.

Kongsikan artikel ini