Isteri Ahli Shinhwa Kelu & Terkedu Lihat Foto Bogel Tayang Aset Suami Di Majalah Popular

Isteri kepada ahli kumpulan KPOP Shinhwa, Ryu Yi Seo tergamam dan terkejut melihat foto bogel kumpulan tersebut dalam sebuah majalah popular. Reaksi tersebut ditonjolkan dalam program tv SBS Your Are My Destiny musim kedua yang akan ditayangkan pada siaran 7 Jun.

Menerusi video tersebut, pasangan Jun Jin dan Ryu Seo telah melihat buku bergambar bogel kumpulan Shinhwa. Rupa-rupanya si isteri baru tahu bahawa suami pernah berbogel untuk sebuah majalah dan Jun Jin telah menyembunyikan majalah tersebut di suatu tempat rahsia.

Antara gambar dalam majalah berkenaan- foto naver

Selepas kantoi, Jun Jin yang kelihatan tenang tetapi malu dihadapan isterinya itu. Malah Yi Seo sangat curiga setelah melihat foto tersebut. Dia menjadi ingin tahu tentang foto tersebut dengan perasaan terkejut.


Foto tersebut telah mendedahkan bahagian punggung suaminya. Malah, dia bertanya kepada suaminya majalah tersebut untuk dijualkan? Walaupun ada yang mengkategorikan ia adalah gambar separuh bogel, Yi Seo merasakan ia sebaliknya dan mengatakan itu adalah foto bogel.

Pasangan bahagia.

Dalam keadaan malu, Jun Jin cuba melindungi foto tersebut namun ia tidak berjaya. Malah, Jin mengaku bahawa itu pertama kali dia melakukan sesi fotografi sebegitu yang mana dia sebenarnya takut dengan air.

Jun Jin sebenarnya tidak boleh berenang dan trauma dengan air kerana dia hampir mati lemas semasa dia berumur tujuh tahun. Perkara tersebut bukan saja mengejutkan isterinya malah ia turut mengejutkan ramai pihak. Mereka tidak menyangka Jun Jin yang seperti seorang atlet mengalami trauma sebegitu. Malah, dia juga kelihatan seperti seorang perenang yang hebat.  

Jun Jin trauma


Untuk ketahui lebih lanjut tentang pendedahan ini, anda boleh menontonnya dalam rancangan Your Are My Destiny pada 7 Jun jam 11.10 malam di SBS TV.


Kongsikan artikel ini