Pemilik Restoran & Masih Teruna, Tunjang Utama #Squidgame Lee Jung Jae Berpacaran Anak Tauke Syarikat Makanan Terbesar Korea!

Ramai peminat drama Netflix dari Korea berjudul #Squidgame salah tafsir dan info tentang tunjang utama drama ini bernama Lee Jung Jae. Bagi yang baru mengikuti perkembangannya, ramai menganggap dia seorang pelakon baru yang perangainya persis dalam drama tersebut.

Sebaliknya, Jung Jae adalah seorang pelakon disegani di Korea serta aktor yang berbakat besar serta seorang yang sangat tenang dan merendah diri. Menerusi #Squidgame, Jung Jae memegang watak sebab seorang duda yang ketagih berjudi dengan nama Seong Gi Hun.

Aksi mantap Jung Jae dalam salah satu filem di Korea


Dia merupakan Player 456 yang sebenarnya juara permainan ini. Sebelum dia muncul dalam drama ini, dia sebenarnya pelakon dan model fesyen tersohor di Korea. Malah, dia sebenarnya adalah pemilik sebuah restoran popular di Seoul. Dia juga memiliki sebuah syarikat real estate development dan syarikat hiburan terbesar.

Ahli perniagaan yang disegani


Walaupun usianya kini 48 tahun, Jung Jae masih belum berumah tangga. Bagaimanapun, dia dilaporkan sedang bercinta dengan anak tauke besar syarikat makanan terbesar di Korea bernama Lim Se Ryung. Kekasihnya itu adalah anak ke pada pengerusi syarikat Daesang group.

Lakonannya dalam Squid Game yang melonjak namanya di mata dunia.

Dalam pada itu, Jung Jae sebenarnya pelakon lelaki yang berani dalam melakonkan watak. Dia juga banyak kali tayang badan kekar dan aset yang dimilikinya dalam beberapa filem. Lakonannya dalam filem the house maid mendapat perhatian dan sedikit kontroversi.