Aktor yang baru saja tamat khidmat ketenteraan, Lee Jong Suk dilaporkan menerima pulangan yang besar apabila bangunan milikinya yang terletak di Hannam-dong baru saja terjual.
Difahamkan, bangunan yang dimilikinya selama tiga tahun itu berjaya dijual dalam tempoh masa yang singkat. Malah, bangunan tersebut sudah lama diberi perhatian warga Korea yang menetap di kawasan tersebut yang dikategorikan kawasan elit.
Menurut laporan media pada 8 Februari 2021, bangunan berkenaan sudah pun dijual pada Januari lalu. Mengikut info, Lee Jong Suk membeli rumah tersebut pada Mac 2018 dengan harga 3 Billion won dan kini pemilik baru rumah berkenaan membelinya dengan harga 3.59 billion won.
Pakar perumahan mengatakan harga tersebut berdasarkan status bangunan tersebut yang sudah pun diubah suai termasuk wang pendaftaran cukai. Jadi ia tiada kaitan harga berkenaan lebih tinggi dari harga pasaran sebenar.
Selain itu, Lee Jong Suk juga difahamkan telah menjual bangunan yang dimilikinya selama 4 tahun di Sinsa Dong dengan harga 5.95 billion won pada awal Julai 2020. Menerusi penjualan tersebut, dia difahamkan menerima pulangan keuntungan sebanyak 2.05 billion won.
Selain berlakon, aktor kacak ini juga mempunyai banyak kafe. Namun, kebanyakan kafe tersebut terpaksa ditutup kerana Covid-19. Bagaimanapun, Lee Jong Suk dilaporkan bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Witch 2 bagi mengubati kerinduan peminat yang sudah dua tahun tidak melihat dia beraksi sebagai pelakon.