Kalau Boleh Tukar, Siapa Patut Jadi Hero The World of the Married? Pilihannya…

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Rasanya mungkin bukan sis sorang yang berharap watak Lee Tae-Oh dibawa aktor yang lebih familiar memandangkan wataknya kini lebih dominan dan memainkan peranan yang sama besar dalam plot drama viral ni.

Park Hae-joon agak asing bagi penonton mainstream K-drama, dia bukan aktor A-list di Korea malah wajahnya jarang kelihatan mewarnai drama-drama popular di stesen TV. Namun aktor berusia 44 tahun ini lebih banyak beraksi dalam filem antaranya Hwayi: A Monster Boy, Cheer Up Mr. Lee, Believer, Bad Police, Tune In For Love dan hanya diberi peranan sebagai watak utama dalam filem 4th Place.

Drama pula hanya sebagai watak sampingan yang ramai tak ingat pun dia ada dalam drama seperti My Mister, Misaeng, Doctor Stranger dan Arthdal Chronicles. Serious, sis dah tengok semua drama ni (kecuali Arthdal) tak perasan langsung – kena la tengok balik cari mamat ni. Jadi memang rezeki terpijak buat Hae-joon bila dipertanggungjawabkan menghidupkan Lee Tae-Oh.

Anyways, sepanjang tengok drama TWOTM ni, ada la juga terbayang-bayang apa agaknya reaksi kita kalau watak Tae-Oh ni adalah aktor yang lebih accomplished dan mungkin oppa idaman oleh K-drama fans.

So sis buat my dream list ni untuk pair dengan Kim Hee-Ae yang bukan asing lagi memegang watak utama dalam banyak drama hebat. Beza usia hero dan heroin juga besar kerana Kim Hee-Ae kini berusia 54 tahun tapi masih anggun mewarnai skrin dengan lakonan mengagumkan dan masih mampu menaikkan rating drama sebagai lead pada usia begini. Salute!

Jadi untuk merawat hati sis, ini adalah barisan oppa yang sis rasa mampu buat kita lebih meroyan dengan TWOTM jika mereka membawa watak Tae-Oh. Oh well, berangan is free kan!

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini