Gayut Telefon 8 Jam, Kang Mina Dedah Cinta Sembunyi Dengan Jung Chae Yeon

Penyanyi dan pelakon yang pernah menyertai kumpulan I.O.I, Kang Mina akhirnya mendedahkan hubungan rapatnya dengan Jung Chae In. Pendedahan tersebut dilakukan Kang Mina di laman instagramnya dengan mendedahkan cinta yang tersembunyi antara mereka.


Pendedahan ini dibuat Kang Mina secara tidak langsung apabila dia ditanya peminat tentang perkara yang dilakukan seandainya dia tidak boleh lena tidur. Mina secara spontan menjawab dia akan menghabiskan masa dengan menelefon Chae Yeon selama lebih 8 jam. Malah, dia juga telah berkongsi bukti dia menelefon Chae Yeon yang tertera masa perbualan mereka.

Netizen memberikan respon terhadap hubungan mereka berdua yang sanggup menghabiskan masa selama 8 jam berbual ditelefon saja. Malah, ada juga menganggap, serapat mana seorang itu, agak mustahil untuk bercakap di telefon selama masa itu. Pasti mereka banyak benda yang mahu dibicarakan dan dikongsi bersama.

Menyentuh mengenai hubungan mereka, Kang Mina dan Jung Chae Yeon mula kenali satu sama lain apabila menyertai program Produce 101 musim pertama. Sejak dari itu hingga kini, mereka masih lagi saling berhubungan dan semakin akrab mengalahkan hubungan adik-beradik tetapi lebih kepada pasangan bercinta.  



Kongsikan artikel ini