Sepanjang bergelar pelakon filem di Korea, Jo Wan Jin atau nama sebenarnya Cho Wan Jin, 26, berasa amat teruja apabila diberi peluang menyaksikan konsert akhir Gegarvaganza musim ke empat (GV4) secara langsung yang diadakan di Pinewood, Johor, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Wanjin yang berketinggian 190 sm ini menimbulkan rahsia kecewa dan sedih apabila peserta GV4 iaitu Hazami hanya menduduki tangga ke empat dalam pertandingan berkenaan. Menurut Wanjin, dia menjangkakan Hazami boleh berada di tangga kedua atau ketiga berdasarkan persembahannya pada malam berkenaan.
Dalam pada itu, sungguhpun Wanjin yang lebih selesa dipanggil Jin mengakui amat seronok dengan keletah Nabil dan Jihan Muse mengacarakan program tersebut walaupun dia langsung tidak mengetahui bahasa Malaysia, Wanjin yang menyimpan cita-cita untuk berlakon di Malaysia berasa lebih teruja melihat gelagat Dato Seri Diva (DSV).
Sungguhpun sempat menyapa dan bersalaman dengan DSV selepas tamat sidang media GV4 untuk seketika, Jin merasa kagum dengan keberanian DSV di atas pentas. Pada awalnya Jin menyangkan DSV sebagai seorang pelawak glamor di Malaysia namun selepas mengetahui bahawa dia seorang jutawan kosmetik, ternyata Jin tersenyum dan rasa kagum serta ingin mengenali pelatun lagu I’am Me dengan lebih dekat lagi.
Jin turut menyatakan berkemungkinan besar dia boleh menjalankan projek usahama dengan DSV memandangkan figura kacak ini juga bergelar CEO untuk agensi hiburan di Korea Selatan. Sepanjang berada di Malaysia, kelibat Jin mudah dikesan dan dipandang ramai kerana fizikalnya yang tinggi dan susuk tubuh yang tegap.
Atas dasar itu, banyak suara berpendapat, Jin boleh menjadi model di Malaysia kerana memiliki citarasa yang diingini penggemar fesyen tempatan. Selain berjumpa DSV, Jin turut teruja dapat berjumpa dengan pengarah popular Michael Ang yang mengarahkan drama adaptasi popular di Korea, My Coffee Prince.
Menurut Jin, dia tidak menyangka Michael seorang yang sangat ramah. Dia juga kagum bahawa Michael mampu mengarah drama Coffee Prince versi Malaysia dengan baik kerana Coffee Prince adalah naskah terhebat dari Korea. Mungkin selepas pertemuan tersebut, Jin yang sudah pun menjadi hero untuk 12 filem Korea bakal menjadi pelakon untuk drama atau filem terbitan Michael Ang.
Selain hadir ke Malaysia untuk menyaksikan GV4, Jin turut menyertai majlis makan malam bersama peminat Hazami, Wan Jin dan Hyunmin-A yang diadakan pada 15 Disember 2017 iaitu dua hari sebelum final GV4 yang dijalankan di Banafe Village, Johor Bahru. Majlis Face To Face Hazami, Wanjin dan Hyunmin-A dianjurkan oleh Cloudworks Records dengan tajaan sepenuhnya oleh Muffin KL.
Ternyata Wan Jin amat terkesima dapat berjumpa dengan peminat dari Malaysia dan Singapura serta menikmati makanan tempatan yang amat lazat dan menyelerakan. Antara menu malaysia kegemaran Jin adalah Nasi lemak, Mee Kari, Mee Hoon Goreng, Roti Jala dan Nasi Goreng.
Jin yang gemar mencuba pelbagai menu tempatan ini juga diam seribu bahasa apabila dapat berjumpa dengan peminat fanatiknya yang mengikuti filem lakonannya secara terperinci. Jin yang masih solo ini tergamam peminat lelaki tersebut begitu mengambil berat tentang lakonan dan ketahui setiap babak lakonannya. Dalam nada gembira dan sedikit terkejut, Jin melahirkan rasa lega apabila bakatnya dihargai dan berkongsi pengalaman berlakon dalam filem itu.
Jin mencuba kain pelekat untuk cuba rasa jadi lelaki Melayu.
Oleh itu, Jin berjanji akan kembali ke Malaysia demi peminatnya serta membuka apa jua jenis tawaran yang datang kepada dirinya sama ada berlakon atau menjadi model.