Kecoh Artis Korea Kena Banned, 5 Hero Korea Nak Jumpa Fans Di TikTok 14 Ogos Ini

Ramai merasa kecewa apabila banyak akaun TikTok milik artis Korea telah dipadamkan di laman popular tersebut. Kekecohan ini menimbulkan pelbagai spekulasi mengatakan aplikasi tersebut telah senarai hitam artis Korea untuk bermain tik-tok. Bagaimanapun, dakwaan tersebut seakan meleset apabila hanya segelintir artis saja yang videonya dipadamkan di aplikasi tersebut. Walhal, orang Korea yang popular di Tik Tok juga tidak terkena dengan proses pembasmian video dari aplikasi berkenaan. Berkemungkinan kejadian ini terjadi atas sebab masalah teknikal atau pemilik akaun tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan pihak pencipta TikTok.

Sementara itu, syarikat yang memiliki pelakon Lee Dong Wook. Kim Bum, Song Seung Heon, Yoo Yeon Seok dan Lee Kwang Soo iaitu King Kong By Starship telah mengumumkan bahawa lima aktor popular ini akan mengadakan sesi bertemu peminat dengan menggunakan aplikasi tiktok.

Yoon Yeon Seok (kiri) dan Lee Kwang Soo baru saja reniew kontrak dengan King Kong.

Sesi bertemu peminat secara atas talian ini bakal dilaksanakan pada Jumaat bersamaan 14 Ogos Jam 8 malam waktu Korea.

Sesi ini diadakan bukan saja untuk peminat dari Korea sebaliknya untuk peminat antarabangsa yang mana sekarang ini agak sukar aktor-aktor ini untuk bertemu peminat berikutan pademik COVID-19 yang semakin membiak tanpa belas kasihan.

Program atas talian yang diberi nama Tik Tok Stage With Men and Mission bakal mewujudkan segmen dua hala komunikasi yang mana aktor-aktor ini bakal menunaikan impian peminat dan misi yang telah ditetapkan. Pelbagai elemen istimewa dan kejutan bakal dipersembahkan hero-hero ini.

Jadi, apa tunggu lagi, inilah masa terbaik untuk anda bertemu dengan lebih dekat bintang Running Man, Lee Kwang Soo bersama Hero Boys Over Flower iaitu Kim Bum. Tidak lupa hero pujaan ramai Lee Dong Wook, Song Seung Heon dan Yoo Yeon Seok turut menanti anda.

Kongsikan artikel ini