Program The Mask Singer Malaysia yang disiarkan di Astro Warna Setiap Jumaat bermula Jam 9 malam semakin mendapat tempat penonton Malaysia. Malah, walaupun penggemar program asal Korea ini naik berang apabila episod pertama ini mula disiarkan, akhirnya mereka menerima hakikat bahawa standard pemikiran dan produksi Malaysia memang masih belum sampai ke tahap negara asal program.
Bukan menidakkan teknologi atau bakat tempatan, sebaliknya dari sudut ini umum sedia maklum mengapa industri hiburan Korea boleh menakluk dunia berbanding Malaysia yang masih meniti titian sama ada kejayaan atau kegagalan. Apa sekalipun, tabik hormat kepada pihak produksi kerana cuba sebaik mungkin menampilkan kelainan. Namun, sehingga ke episod ke lima, netizen sebenarnya sudah terima format The Mask Singer tetapi tidak dengan perangai panel juri yang dilihat bukan semakin bijak tetapi semakin merapu.
Mungkin juga, ini yang produksi mahukan. Berkemungkinan besar, juri-juri yang dilantik itu ditandatangani kontrak dengan konsep masing-masing. Contohnya, ada yang kena jadi jahat, gedik dan sebaliknya.
Apa sekalipun, KOREA BUZZ ingin menjernihkan keadaan dengan menyiarkan 10 perbezaan ketara yang mungkin sebab dan musabab kedua-dua versi ini menjadi berlainan arah walaupun berasal dari pemilik idea asal yang sama. Adakah anda tahu dengan perbezaan ini?